Sabah Masih Perlukan Lebih Ramai Pakar Perubatan - William

Wartawan : Noorsiah Mahmud

Foto : Mohd Sazwan Roslan

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih memerlukan lebih ramai pakar perubatan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis berkata, keperluan itu turut melibatkan jawatan Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat dan yang diperlukan di beberapa fasiliti kesihatan.


Dr. Wiliam ketika ditemui media.



"Sebenarnya jumlah itu bergantung kepada kategori contohnya kepakaran, memang kita masih memerlukan dan sentiasa berhubung dengan kementerian untuk memastikan bilangan kepakaran itu bertambah.

"Memang kita masih perlu jururawat dan penolong pegawai perubatan, tetapi kita sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan untuk memastikan bekalan itu mencukupi.

"Tetapi isu utama yang saya lihat ialah pegawai perubatan dari Sabah sendiri sangat rendah. Hanya 30 peratus daripada doktor di Sabah adalah anak tempatan manakala 70 peratus lagi dari luar Sabah," 
katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

William menjelaskan, selain memperkenalkan diri, kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan informasi terkini terutama berkaitan dengan pembangunan JKNS.


Tun Musa (tengah) dan Dr. William (dua dari kiri) berbual ketika kunjungan hormat.


Dalam pada itu, beliau memaklum pihak JKNS kini meningkatkan pengawasan dalam menghadapi ancaman jangkitan Hantavirus.

"Kami akan sentiasa bekerjasama dengan KKM bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan perkara ini," ujarnya.

William dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa 21 Ogos 2025 menggantikan Datuk Dr. Maria Suleiman yang bersara pada 26 Jun 2025./Penerangan-


Tun Musa (empat dari kanan) bergambar kenangan dengan Dr. William (empat dari kiri).


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar