Posts

Showing posts from October, 2025

Lebih 200 CLC, Sebuah Sekolah Indonesia Tampung Sehingga 5,000 Pelajar

Image
Wartawan: Deonalissa Jekee Edin Foto: Mohd Rizal Matasan/Norazuwan Mohd Yussof KOTA KINABALU : Lebih 200 Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) dan sebuah Sekolah Indonesia beroperasi di ibu negeri yang menyediakan akses pendidikan kepada antara 2,000 hingga 5,000 anak warga Indonesia di Sabah.   Tun Musa (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Noorman (dua dari kanan). SUASANA...Suasana ketika kunjungan hormat berlangsung. Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Noorman Effendi berkata pihaknya amat menghargai peluang yang diberikan kepada kanak-kanak Indonesia untuk memperoleh pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif.   “Kami amat menghargai peluang yang diberikan untuk anak-anak Indonesia di Sabah mendapat pendidikan formal dan selesa. "Hubungan ekonomi antara Indonesia dan Malaysia khususnya Sabah juga terus berkembang dengan baik melalui aktiviti perdagangan rentas sempadan," ujarnya. Noorman ketika ditemui media. Beliau ditemui med...

JAKIM Sabah Fokus Isi 200 Kekosongan Guru KAFA Menjelang 2026

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun/ Jurufoto     :  Norazuwan Mohd Yussof / Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah memperkukuh pelaksanaan program keagamaan antaranya dengan memberi tumpuan pengisian kekosongan 200 perjawatan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menjelang tahun 2026.   Pengarahnya, Dr. Baharudin Othman berkata,  langkah itu akan dilaksanakan melalui kerjasama rapat dengan agensi agama negeri bagi memastikan pendidikan agama dapat disampaikan secara menyeluruh kepada anak-anak di seluruh Sabah. "Ketika ini terdapat seramai 2,400 guru KAFA di seluruh Sabah, dengan kira-kira 200 kekosongan masih perlu diisi bagi memastikan pendidikan agama dapat disampaikan secara menyeluruh kepada anak-anak  di  negeri  ini . Tun Musa (tengah) bergambar bersama Baharudin (kiri) dan Nurul Hudani (kanan). Tun Musa (empat kanan) menerima cenderamata daripada Baha...

JHEWA Anjur Tiga Program Perkasa Wanita Sabah November Ini

Image
Wartawan     : Afisha Syazrin Jurufoto          :  Norazuwan Mohd Yussof / Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah akan menganjurkan tiga program utama menumpukan aspek keusahawanan, kepimpinan dan kesedaran undang-undang membabitkan lebih 2,000 wanita sepanjang November ini. Pengarah JHEWA,  Haslina Ismail berkata  pelaksanaan program-program tersebut memperkasa wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk melahirkan wanita yang berilmu, berdikari, memahami hak mereka dalam konteks undang-undang dan berperanan aktif dalam pembangunan komuniti. "Program Keusahawanan JHEWANITA yang dijadualkan pada 18 November akan disertai kira-kira 500 peserta wanita dengan fokus kepada pembangunan keusahawanan melalui sesi perkongsian ilmu, pendedahan dan interaksi bersama pelbagai agensi berkaitan. "Selain itu, Program Pemerkasaan NGO Wanita Sabah pada 20 November dijangka menghimpunkan 1,...

Kepimpinan Berprestasi Tinggi Pacu Pertumbuhan Ekonomi – Safar

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:  High-Performance Economic Leadership Conference 2025  (HiPEL25) menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kepimpinan berprestasi tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kecemerlangan perkhidmatan awam negara. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,   Datuk Seri Panglima Safar Untong berkata,    HiPEL25 membuka satu lembaran baharu dalam pembangunan kepimpinan yang menggabungkan elemen teknologi dan kemanusiaan bergerak seiring ke hadapan. " Sepanjang persidangan ini, kita telah berkongsi pelbagai idea dan pengalaman yang meneguhkan aspirasi bersama untuk memperkukuh kepimpinan berprestasi tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kecemerlangan perkhidmatan awam negara.  "Pandangan dan perspektif yang dikongsikan mengingatkan kita bahawa kepimpinan yang unggul bukan sahaja tentang mencapai hasil, tetapi tentang mencipta i...

150 Belia Komuniti Madani Sertai Futsal Program Cerita Dulu Bah!

Image
Wartawan     :  Hamidah Len Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU :  Seramai 150 belia daripada Komuniti Madani sekitar Inanam menyertai acara santai, sukan futsal sempena  Program Cerita Dulu Bah! Pegawai Penerangan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Azean Makbul  berkata sukan  futsal bukan sekadar aktiviti riadah, sebaliknya menjadi wadah mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan ahli Komuniti Madani. “Komuniti yang terlibat dalam program malam ini ialah Mukim Manggatal, Kampung Kobuni, Persatuan Belia Inspirasi Lobou, Persatuan Belia Progresif Kobuni dan Persatuan  Inanam Commerce. “Futsal dipilih kerana ia merupakan sukan indoor yang diminati ramai dan mudah dikendalikan. Ia juga selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan belia. Situasi semasa acara futsal berlangsung. Para peserta dari pasukan berjaya ke peringkat akhir bergambar kenangan. Penyelaras Komuniti Ma...

500 Tetamu Meriahkan Sambutan Jubli Emas SAS

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Volintine Jiloh KOTA KINABALU: Seramai 500 tetamu hadir memeriahkan  M ajlis  M akan  M alam   S ambutan Jubli Emas Persatuan Setiausaha Sabah (SAS). Sebahagian penerima anugerah bergambar kenangan bersama Toh Puan Faridah (tengah). Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Maria Melvin Jaikul berkata majlis itu diadakan bagi meraikan sambutan ke-50 tahun SAS selain menghargai sumbangan para ahli dalam menaikkan peranan persatuan serta mengeratkan hubungan antara ahli lama dan baharu. " Tujuan majlis makan malam ini adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli SAS, terutamanya mereka yang telah banyak menyumbang masa, tenaga dan bakti kepada persatuan ini sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.  Penghargaan ini adalah tanda terima kasih kami atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, "  katanya ketika ditemui media, pada Ahad. Majlis  yang bertemakan  'Bollywood Glam Night'  itu  turut dis...

WCare Perkasa Kesedaran Awal Kanser Reproduktif Wanita Sabah

Image
Wartawan : Nazri Ramshah Foto : Azman Jumat KOTA KINABALU: Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCare) membantu para wanita mengesan awal kehadiran kanser serta mendapatkan rawatan berkesan bagi menanganinya.   Menurut Laporan  Sabah Cancer Registry  2012–2016, kanser payudara merupakan kanser paling lazim dalam kalangan wanita di Sabah.   Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata dua pertiga kes kanser wanita di Sabah hanya dikesan pada peringkat lewat iaitu tahap tiga dan empat. Juwairiya ketika menyampaikan ucapan perasmian. “Kelewatan mengesan awal kehadiran kanser berpunca daripada halangan jarak, kos, dan kurangnya maklumat serta stigma masyarakat luar sana.   “Hakikat ini amat membimbangkan kerana peluang rawatan berkesan amat terhad apabila kanser dikesan lewat. Justeru, penganjuran kempen WCare ini sangat penting bagi mengubah naratif daripada rawatan lewat kepada pencegahan awal. ...

PPD KK Anjur Program Cerita Dulu Bah!

Image
Wartawan     :  Deonalissa Jekee Edin Jurufoto          :  Johnny Joklis  KOTA KINABALU : Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama Komuniti Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-api menganjurkan Program Cerita Dulu Bah! Antaranya pengisian program ialah sesi walkabout, edaran risalah serta penjelasan Belanjawan 2026 dan BUDI RON95, sembang santai bersama Komuniti Madani dan juga agihan makanan  di Pasar Besar Kota Kinabalu, hari ini. CENDERAHATI...Azean (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Nazrin. Azean mengedarkan risalah belanjawan 2026 sekaligus memberikan penjelasan kepada peniaga-peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu. Muhammad Nazrin (kiri) turut membantu mengagihkan bungkusan makanan kepada peniaga. Azean mengedarkan risalah belanjawan 2026 sekaligus memberikan penjelasan kepada peniaga-peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu. Program tersebut turut  menyelitkan  sesi taklimat berkaitan ...

Sabah Negeri Pertama Tawar Biasiswa Ke UKKM

Image
Wartawan : Afisha Syazrin Foto : Johny G. Kimlon KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri pertama menyediakan biasiswa kepada pelajar dari negeri ini untuk melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong pembangunan pendidikan anak-anak Sabah khususnya dalam bidang koperasi. Ewon ketika berucap dalam majlis pelancaran Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA.  “Saya amat menghargai komitmen dan kerjasama kerajaan negeri Sabah yang menyediakan 35 biasiswa kepada pelajar dari negeri yang ingin melanjutkan pengajian di UKKM. "Perbincangan dengan kerajaan Sarawak dan beberapa kerajaan negeri lain di Semenanjung juga telah diadakan supaya turut mempertimbangkan penyediaan biasiswa melalui yayasan negeri masing-masing bagi pelajar yang ingin menuntut di UKKM,” katanya kepada media selepas Majlis Hi-tea dan Pelancaran Tabung Pendid...

Dasar Penubuhan Tribunal Anti-Buli Dibentang Jumaat Ini

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Dasar penubuhan Tribunal Anti-Buli akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok (Jumaat) bagi mendapatkan kelulusan sebelum Rang Undang-undang (RUU) dimuktamadkan.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tribunal itu akan bertindak sebagai platform sivil bagi menyelesaikan kes buli. Azalina  ketika bercakap kepada media. “Tribunal ini tidak akan mengganggu sistem yang telah wujud di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), asrama di bawah MARA dan Kementerian Pertahanan. “Setiap institusi mempunyai instrumen sendiri bagaimana mereka mengurus kes buli dan disiplin dan tribunal ini tidak akan mengganggu sistem sedia ada. “Jika terdapat aduan atau ketidakpuasan terhadap keputusan dibuat, tribunal ini akan menjadi peringkat kedua. “Sebagai contoh, KPM mungkin mempunyai keputusan sendiri dan tribunal akan berperanan jika terdapat kepercayaan t...