Posts

Showing posts from March, 2026

Kerajaan Komited Laksana Pembangunan Menyeluruh - Hajiji

Image
Wartawan : Nurfatin Mohamed Yunus Foto : Azman Jumat/Norazuwan Mohd Yusof/Volintine Jiloh KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata usaha berkenaan merangkumi pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Tun Musa (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama kek ulang tahun. "Ini termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat. "Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pad...

Pembangunan Infrastruktur, Ekonomi Jadi Keutamaan Sabah - Tun Musa

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Shahvian Mohd Razali/Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Pembangunan infrastruktur dan pengukuhan ekonomi terus menjadi keutamaan dalam usaha memacu kemajuan Sabah secara menyeluruh.  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini negeri Sabah memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor ekonomi, pelaburan dan pembangunan infrastruktur.  "Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memperkukuh asas ekonomi negeri melalui pemerkasaan sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian serta ekonomi berasaskan sumber.  "Usaha menarik pelaburan domestik dan asing turut dipergiatkan demi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan yang mampan.  "Pembangunan infrastruktur asas yang meliputi pembinaan dan penaiktarafan jalan raya, sistem bekalan air bersih serta kemudahan bekalan elektrik yang stabil harus diberikan penekanan. "Usaha ini amat penting...

Jabatan Perhutanan Sabah Pertahan Gelaran Johan

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Volintine Jiloh/Jeffren Malaning/Vicky S. Matanjang KOTA KINABALU :  Kontinjen perbarisan Jabatan Perhutanan Sabah sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini. Kejayaan itu mengekalkan reputasi jabatan berkenaan sebagai antara kontinjen terbaik dalam kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi. JOHAN... Arsiman (empat dari kanan) mewakili Jabatan Perhutanan Sabah menerima piala kemenangan pasukan yang diserahkan Sabin (lima dari kanan). Ketua pasukan, Arsiman Shah Durahman, berkata kemenangan itu hasil disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang ditunjukkan sepanjang latihan kawad kaki. “Pertama sekali, kami bersyukur kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam kategori ini dan seluruh pasukan amat gembira dengan pencapaian ini. “Walaupun hanya menjalani latihan kawad kaki selama tiga ha...

5,000 Hadir Meriahkan Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Vicky S. Matanjang/Mohd Shahvian Razali KOTA KINABALU :  Kira-kira 5,000 orang menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, pada Isnin. Acara bermula seawal jam 6.30 pagi dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan, didahului kategori sekolah rendah, diikuti sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik Sabah, agensi swasta dan badan berkanun, jabatan kerajaan tanpa pakaian seragam rasmi serta jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi. Tun Musa ketika memeriksa kontinjen perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat. Ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin pada jam 8 pagi disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag. Sejurus lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan, istiadat diterusk...

Ketua Hakim, Ketua Polis Negara Dahului Senarai Penerima Pingat

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Merusin Minuddin/Mohd Shahvian Razali KOTA KINABALU : Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Panglima Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Panglima Mohd Khalid Ismail mendahului senarai 90 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah. Wan Ahmad dan Mohd Khalid menerima darjah kebesaran tertinggi, Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin. Tun Musa (kanan) memakaikan selempang S.P.D.K kepada Wan Ahmad (kiri).  Sementara itu, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris mendahului senarai 33 penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) disusuli ...

Tiada Asas Hidupkan Semula Tuntutan Manila ke Atas Sabah – Hajiji

Image
 Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus  Foto :   Johny George Kimlon / Vicky Sylvester Matanjang / Johny Joklis KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan tiada asas untuk Manila menghidupkan semula tuntutan ke atas Sabah. Beliau berkata, Sabah merupakan sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan perkara itu tidak seharusnya dipertikaikan. Hajiji ketika ditemui media. "Tidak perlu menjadikan perkara ini isu atau menggunakan krisis semasa untuk menghidupkan semula tuntutan lama,” katanya. ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri, pada Sabtu. Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin; Juliah (tengah) semasa menyampaikan sumbangan duit raya. Dalam pada itu, Hajiji turut berharap agar rakyat terus hidup dalam keadaan harmoni dan aman. “Harapan kami agar semua orang hidup dalam keharmonian su...

Sambutan Aidilfitri Anjuran Kerajaan Negeri Tarik Kehadiran Melebihi Jangkaan

Image
Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus  Foto :   Johny George Kimlon / Johny Joklis / Vicky Sylvester Matanjang  KOTA KINABALU:  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Kerajaan Negeri Sabah  mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran melebihi jangkaan. Ketibaan Tun Musa di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2026. Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata orang ramai mula membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seawal jam 8 pagi. Arifin ketika ditemui media. “Kehadiran amat memberangsangkan dan kita bersyukur kerana sambutan ini dapat menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. SUASANA..Hajiji semasa menyampaikan sumbangan duit raya. “Inilah wadah perpaduan yang kita harapkan dapat dicapai melalui sambutan Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan, pada Sabtu. SUASANA semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri berlangs...

Beberapa Jalan Utama Ditutup Sempena Istiadat Perbarisan Isnin Depan

Image
Wartawan : Mohd Irfan Foto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Beberapa jalan utama di sekitar ibu negeri akan ditutup untuk memberi laluan kepada Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada Isnin depan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, penutupan jalan berkenaan melibatkan Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan Bandaran, Jalan Gaya dan Jalan Padang.  Syed Lot Ketika ditemu bual Radio Sabah fm. "Lokasi utama Istiadat Perbarisan ini akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu dan beberapa jalan utama yang terlibat di sekitar kawasan tersebut akan ditutup.  "Penutupan jalan dan tapisan kenderaan awam akan bermula seawal jam 5.00 pagi pada 30 Mac ini di Jalan Padang, Dewan, Simpang Bukit Bendera dan Bulatan Bunga Raya.  "Selain itu, penutupan jalan dan lencongan akan dijalankan secara berperingkat bertujuan memastikan kelancaran perbarisan dan keselamatan ...

Kerajaan Luluskan Tambahan 77 Guru Agama SAN, SMAN

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meluluskan penambahan 77 jawatan guru pada akhir tahun lalu dan awal tahun untuk Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) serta Sekolah Agama Negeri (SAN).   Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir berkata penambahan itu adalah sebahagian daripada perancangan berterusan kerajaan negeri untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang semakin meningkat. Juri ketika ditemui media di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di Kepayan. “Kelulusan 77 jawatan guru ini berjaya diperolehi dan kita akan mengemukakan beberapa lagi permohonan pada masa akan datang bagi pertimbangan kerajaan. "Beberapa siri perbincangan juga diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) untuk membuka lebih banyak peluang penambahan tenaga pengajar," ujarnya ketika ditemui media selepas ditemubual di Sabah fm, pada Khamis. Men...

2,500 Peserta, 62 Kontinjen Sertai Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun ke-75 TYT

Image
Wartawan     :  Nurfatin Mohammed Yunus  Jurufoto          :  Volintine Jiloh Tun Musa (tengah) bersama Shamshor (kiri) bergambar kenangan di Istana Seri Kinabalu. KOTA KINABALU: Dianggarkan 2,500 peserta akan terlibat dalam Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac ini. Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar  berkata 62 kontinjen daripada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan akan menyertai istiadat perbarisan berkenaan. "Orang ramai disaran hadir lebih awal untuk menyaksikan perbarisan berkenaan memandangkan peserta dijangka mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi. "Ini merupakan detik bersejarah dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara serta menyaksikan keunikan istiadat perbarisan ini," katanya semasa ditemui media selepas taklimat perbarisan kepada Tun Musa Aman, pada Khamis. Shamshor ketika ditemui...

Orang Ramai Dijemput Sertai Majlis Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah Jumaat Ini

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Mohd Shahvian Razali KOTA KINABALU :  Orang ramai dijemput hadir ke  Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat  Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah  Ke-75 Jumaat ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir berkata majlis tersebut akan diadakan  di Masjid Negeri Sabah pada 27 Mac bermula 11.40 pagi. Juri ketika ditemubual di konti Sabah fm. "Program akan  dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan tahlil serta doa kesyukuran seterusnya  jemaah akan menunaikan solat Jumaat dan solat hajat secara berjemaah.  "Doa selamat dan solat hajat merupakan antara amalan yang sering dilakukan apabila kita memohon keberkatan, perlindungan serta kesejahteraan daripada Allah SWT.  "Dalam konteks ini, ia adalah satu manifestasi doa rakyat kepada pemimpin negeri agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan u...

Galeri Polis Negeri Sabah Sebagai Pusat Rujukan Sejarah Negara

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Johny G. Kimlon KOTA KINABALU: Galeri Polis Negeri Sabah kini menjadi antara tiga galeri utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berfungsi sebagai pusat rujukan sejarah negara. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata galeri tersebut melengkapkan rantaian sejarah penting pasukan selain Galeri Darurat Bukit Kepong di Johor dan Galeri Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur. Jauteh ketika menyampaikan ucapannya. "Pada 12 Mac 2025, Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Sri Abdul Aziz Abdul Majid memberi persetujuan rasmi untuk premis ini dinamakan Galeri Polis Negeri Sabah. "Bermula tarikh itu galeri ini diletakkan di bawah seliaan Muzium Kepolisan PDRM Kuala Lumpur bagi memastikan pemeliharaan artifak dan dokumentasi mengikut piawaian kepolisian uang ditetapkan. "Galeri ini sebuah platform penceritaan yang mendokumentasikan perjalanan panjang PDRM di negeri Sabah yang tercinta sejak awal penubuhannya dan  menjadi nadi kepada pengharg...