Sambutan Aidilfitri Anjuran Kerajaan Negeri Tarik Kehadiran Melebihi Jangkaan
Wartawan : Nurfatin Mohammed Yunus
Foto : Johny George Kimlon / Johny Joklis / Vicky Sylvester Matanjang
KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Kerajaan Negeri Sabah mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran melebihi jangkaan.
![]() |
| Ketibaan Tun Musa di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2026. |
Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata orang ramai mula membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seawal jam 8 pagi.
![]() |
| Arifin ketika ditemui media. |
“Kehadiran amat memberangsangkan dan kita bersyukur kerana sambutan ini dapat menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
![]() |
| SUASANA..Hajiji semasa menyampaikan sumbangan duit raya. |
“Inilah wadah perpaduan yang kita harapkan dapat dicapai melalui sambutan Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan, pada Sabtu.
![]() |
| SUASANA semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri berlangsung. |
Menurut Arifin, 71 usahawan dan 15 hotel terlibat dalam penyediaan sajian kepada pengunjung, seterusnya memberi peluang kepada pengusaha tempatan menampilkan hidangan berkualiti.
![]() |
| SUASANA semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri berlangsung. |
“Penganjuran majlis seumpama ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim, termasuk mereka yang jarang berpeluang bertemu pada hari raya.
![]() |
| Barisan jemputan dif-dif kenamaan. |
"Majlis berkenaan turut menjadi platform penting mengukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” ujarnya.
![]() |
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan kelahiran Sabah antaranya Marsha Milan dan Fanzi Ruji./Penerangan-






.jpg)
Comments
Post a Comment