Posts

Showing posts from April, 2026

Tun Musa Hadiri Ceramah Mufti Menk

Image
Wartawan : Afisya Syazrin Foto : Reddny Rasang KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin antara tetamu kehormat yang hadir ceramah Mufti Menk Live in Sabah: ‘Broken but Beloved’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis. Mufti Ismail Menk, pendakwah antarabangsa dari Zimbabwe yang terkenal dengan pendekatan dakwah sederhana dan menyentuh hati, memulakan ceramahnya bertemakan ‘Broken but Beloved’ dengan mengupas tentang ujian hidup, konsep keampunan dalam Islam, serta kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. “Setiap daripada kita pernah patah, pernah jatuh tetapi Allah tetap sayang kita. Jangan putus asa dengan rahmat-Nya,” antara intipati yang disampaikan Mufti Menk dan disambut dengan suasana penuh penghayatan oleh para hadirin. Pendakwah antarabangsa, Mufti Menk ketika menyampaikan ceramah bertajuk  ‘Broken but Beloved’. Penganjuran Mufti Menk Live in Sabah: 'Broken but B...

PENTARAMA X JAPEN Beri Kesedaran Internet Selamat, Fahami Risiko Penyalahgunaan Teknologi

Image
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : Norazuwan Mohd Yusof TAWAU : Program PENTARAMA X JAPEN menjadi platform dalam memberi kesedaran berkenaan kepentingan melayari internet selamat serta memahami risiko penyalahgunaan teknologi terkini melalui pendekatan didik hibur. Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) berkenaan menyasarkan 40 buah sekolah terpilih melibatkan sekolah menengah dan rendah memandangkan sambutan dan impaknya yang berguna kepada pelajar sekolah. Jainisah (depan) ketika ditemui media. "Untuk tahun ini, kita sasarkan 40 program melibatkan 40 buah sekolah seluruh Sabah dan setakat ini 21 program telah selesai dilaksanakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. "Kita dapat lihat, program ini melalui pendekatan didik hibur meninggalkan kesan yang berguna kepada kepada pelajar sekolah kerana tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar beberapa perkara seperti kepentingan mel...

Empat RUU Diluluskan Pada Hari Terakhir Sidang DUN

Image
Wartawan : Nurfatin Mohamed Yusof Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Empat Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan pada Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang berlangsung pada Khamis. RUU berkenaan ialah RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026, RUU Pengurusan Bangunan 2026 serta RUU Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026. Suasana sebelum mesyuarat bermula. RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai sebelum diluluskan selepas bacaan ketiga yang dipengerusikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar. Perbahasan melibatkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk ADUN Bugaya, Jamil Hamzah dan ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Sementara itu, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentangkan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki, dengan penyertaan empat ADUN dalam sesi perbahasa...

Mufti Menk Bawa Mesej Harapan, Puji Semangat Toleransi Negeri Di Bawah Bayu

Image
Wartawan : Nazri Ramshah Foto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Kehadiran tokoh ulama antarabangsa yang disegani, Sheikh Ismail Mufti Menk ke Sabah membawa misi besar dalam memperkasakan syiar Islam dan semangat perpaduan kaum di Negeri Di Bawah Bayu. Mufti Menk turut menzahirkan rasa kagum terhadap model kebersamaan yang diamalkan oleh rakyat Sabah dan keunikan Sabah yang didiami pelbagai etnik tanpa menggugat keamanan adalah satu contoh yang luar biasa.  Mufti Menk ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu. "Sabah adalah tempat yang sangat unik di mana wujudnya kebersamaan yang hebat antara rakyatnya yang terdiri dari pelbagai latar belakang.  "Ini adalah satu anugerah yang perlu dipelihara, dilindungi serta disedari oleh setiap lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis. Menjelang ceramah p...

Bengkel Pemetaan Budaya Etnik Perkukuh Penyelidikan Warisan Sabah

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Johnny Joklis KOTA KINABALU : Bengkel Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelidikan serta pendokumentasian warisan budaya negeri secara lebih sistematik dan berfokus. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, program tersebut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelidikan budaya yang lebih tersusun dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk persatuan etnik dan penyelidik. RASMI...Cleopatra ketika menyampaikan ucapan. "Sehingga kini, sebanyak 23 kajian etnik telah dilaksanakan sejak tahun 2024, manakala lapan etnik tambahan akan diteruskan pada tahun ini sebagai kesinambungan usaha mendokumentasikan kepelbagaian budaya negeri," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutupan dan Pelancaran Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026 di sini, pada Khamis. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timba...

11 Kawasan Setinggan di Kapayan Berisiko Kebakaran

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Rekod Majlis Perbandaran Penampang (MPP) menunjukkan sebelas penempatan setinggan berisiko tinggi kebakaran dikenal pasti di Kapayan. Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Maijol Mahap berkata penempatan terbabit terletak di kawasan darat, tepi parit dan berbukit. Maijol ketika di Dewan Persidangan DUN Sabah. "Kebanyakan kawasan berkenaan mempunyai kepadatan penduduk tinggi, susun atur rumah yang rapat dan tidak terancang serta menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar. “Selain itu, akses laluan yang sempit dan terhad boleh menjejaskan kelancaran operasi pasukan penyelamat serta bomba sekiranya berlaku kebakaran. “MPP melaksanakan pemantauan berterusan selain mengeluarkan notis di bawah Undang-Undang Kecil berkaitan bangunan dan keselamatan. “Penguatkuasaan dilaksanakan secara berperingkat termasuk notis amaran, lanjutan serta tindakan perundangan terhadap pemilik tanah,” katanya. Beliau berkata de...

Projek LRA Lahad Datu Capai 91.66 Peratus

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Johny Kimlon KOTA KINABALU: Projek Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 yang melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu berkapasiti 60 juta liter sehari (JLH) mencapai kemajuan 91.66 peratus. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata projek itu dijangka siap pada 10 Julai 2027 dan akan meningkatkan kecekapan operasi serta kapasiti pengeluaran bekalan air di daerah berkenaan. Joachim ketika di Dewan Persidangan DUN Sabah. "Projek itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 230,960 penduduk selain menyokong keperluan sektor industri di Lahad Datu. “Selain memperluas liputan, projek ini turut meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air kepada pengguna. “Antara kawasan yang bakal menerima manfaat termasuk Jalan Segama, Jalan Bakawali, Taman CL, Kampung Damai, Kimbell, Jalan Dam, Taman Executive, Taman Lily dan Jalan Agaseh. “Turut terlibat ialah Jalan Tengah Nipah, Kampung Sabah Baru PRKT 1, Jalan Kastam Baru, Pusa...

11 Soalan Lisan Dijawab Pada Hari Ketiga DUN Sabah

Image
Wartawan: Idris Sani Saberun Foto: Johny George Kimlon/Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU: Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 bermula jam 10 pagi Rabu dengan sesi pertanyaan lisan berjalan lancar. KETIBAAN… Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah (kanan) menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (dua dari kiri) ketika menghadiri hari ketiga persidangan DUN di perkarangan bangunan DUN. PERSIDANGAN… Sebahagian Menteri-menteri Kabinet tekun mengikuti sesi pertanyaan lisan pada Hari Ketiga Mesyuarat Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17. Sebanyak sembilan kementerian mengambil bahagian dalam sesi pertanyaan lisan dengan 11 soalan dijawab secara lisan oleh para menteri sebelum persidangan ditangguhkan pada jam 11.22 pagi oleh Timbalan Speaker, Datuk Al Hambra Tun Juhar.  Gambar sekitar Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.  Gambar sekitar Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Unda...

Persiapan Pelancaran Kaamatan 2026 di Papar Berjalan Lancar

Image
Wartawan: Idris Sani Saberun Foto: Volintine Jiloh KOTA KINABALU: Persiapan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan 2026 peringkat negeri di Papar berjalan lancar dan dijangka menarik kira-kira 10,000 pengunjung pada 1 Mei ini. LANCAR... Muhammad ketika menjelaskan berkaitan persiapan daerah Papar yang bakal menerima kira-kira 10 ribu pengunjung pada segmen 'Bah Ngam La Tu'.  Pegawai Daerah Papar, Muhammad Mohd Ali berkata, jawatankuasa pelaksana telah membuat persiapan yang dilaksanakan secara rapi sejak awal April dan kini berada pada tahap memuaskan. KONGSI... Muhammad (kanan) ketika berkongsi persiapan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan 2026 bersama penyampai radio DJ Noody (kiri) dan Kak Lang (tengah) di konti Sabah FM. "Setakat ini segala persiapan termasuk pengisian program di dalam dan luar Dewan Masyarakat Papar kini berada pada tahap yang memuaskan dan berjalan lancar menjelang majlis perasmian pada 1 Mei nanti. "Majlis pelancaran itu akan disempurnakan oleh Ketua Me...

Konsulat Singapura Di Kota Kinabalu Dijangka Dibuka Dalam Masa Terdekat

Image
Wartawan: Siscalistorina Janius Foto: Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa penubuhan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu dijangka direalisasikan dalam tempoh terdekat memandangkan proses pembukaannya kini sedang berjalan lancar. Suasana ketika kunjungan hormat berlangsung.  Clara (dua dari kiri) ketika menyerahkan cenderahati kepada Tun Musa (dua dari kanan).  KENANGAN... Tun Musa (dua dari kanan) ketika bergambar kenangan bersama Clara (dua dari kiri) dan rombongan. Pengarahnya, Clara Soon May Lynn memaklumkan bahawa selain Singapura, pihaknya turut membincangkan cadangan penubuhan konsulat India di negeri ini meskipun, proses bagi pembukaan konsulat India tersebut masih perlu diperincikan berikutan statusnya yang baru sahaja diumumkan.   Clara ketika ditemui media. Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri...

Sabah Lindungi Hak Komuniti, Projek Karbon Perlu Rundingan

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Merusin Minuddin/Johny Kimlon KOTA KINABALU: Sabah menetapkan setiap projek karbon di negeri ini tidak boleh dilaksanakan tanpa penglibatan dan persetujuan komuniti tempatan khususnya masyarakat anak negeri. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata Seksyen 22 Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025 mewajibkan rundingan serta cadangan perkongsian manfaat kepada komuniti sebelum projek diluluskan. Mandela (kanan) dan Datuk Limus Jury di Dewan Persidangan DUN. "Ini bermaksud aktiviti karbon yang melibatkan kawasan komuniti anak negeri tidak boleh dilaksanakan secara terasing daripada mempunyai kepentingan di satu-satu projek karbon di negeri ini. "Peruntukan ini menjadi asas penting untuk memastikan kepentingan komuniti tempatan termasuk komuniti adat diberi perhatian dalam pelaksanaan projek-projek karbon. "Perincian lanjut mengenai tatacara penglibatan, syarat kelulusan dan mekanisme pelaks...

Kerajaan Naik Taraf Paip AC RM28 Juta, Siap Menjelang Awal 2027

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Johny Kimlon KOTA KINABALU: Kerajaan melaksanakan projek menaiktaraf dan penggantian paip jenis asbestos cement (AC) bernilai RM28 juta di daerah ini sebagai langkah menangani isu kebocoran air dengan sasaran siap pada 4 Februari 2027. Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury berkata projek yang kini mencapai kemajuan fizikal 7.03 peratus itu memberi tumpuan kepada penggantian paip lama yang dikenal pasti sebagai antara faktor kritikal sistem agihan air. Limus (kiri) memaklumkan  naiktaraf dan penggantian paip usang AC bernilai RM28 juta  siap menjelang awal 2027. "Penggunaan paip AC yang usang ditambah dengan sistem pengepaman terus dari loji rawatan air menyebabkan tekanan tinggi kepada rangkaian paip sedia ada.  “ Antara   kawasan   yang   kerap   ter jejas   akibat   gangguan   ini   term asuk   Jalan   Keramat   dan   Jalan   T uaran   Bypass, ” k...

Hari Pertama Sidang DUN Penggal Kedua Berjalan Lancar

Image
Wartawan : Nur Fatin Mohamed Yunus Foto : Merusin Minuddin/Johny Kimlon KOTA KINABALU : Hari pertama Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 berlangsung lancar pada Isnin. Mesyuarat dipengerusikan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya bermula pada jam 10 pagi. SUASANA... Suasana sebelum mesyuarat bermula. Dalam sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan, sebanyak enam soalan sempat dijawab disusuli Usul Ucapan Terima Kasih yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.  Selepas itu, beberapa ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan antaranya ADUN Senalang, Datuk Seri Panglima Mohd Shafiee Apdal; ADUN Dilantik, Datuk Roger Chin; ADUN Bongawan, Dr. Daud Yusof; ADUN Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin; ADUN Tanjong Aru, Datuk Wong Hong Jun; ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin; ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; ADUN Merotai,...

Itali Sasar Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi, Pelancongan dan Kesihatan Awam

Image
Wartawan : Nazri Ramshah Foto : Volintine Jiloh KOTA KINABALU : Itali berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Sabah menerusi penerokaan peluang kerjasama baharu dalam sektor pelancongan, pendidikan tinggi, dan kesihatan awam. Duta Itali ke Malaysia, Raffaele Langella berkata, Sabah kini semakin popular dan dikenali di Itali sebagai destinasi pelancongan utama, selain menarik minat dari sudut budaya dan potensi industrinya. Langella ketika ditemui media. Menurut beliau, Itali berhasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam sektor universiti serta pelancongan, selain membincangkan potensi pelaburan dalam bidang kesihatan awam.  Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.  Langella menjelaskan kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang mengenai hasrat berkenaan seterusnya membentuk kerjasama yang lebih konkrit.  Menyentuh mengenai harapan...

Muslimah Tonggak Utama Pembinaan Ummah - Nuinda

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Jeffren Malaning KOTA KINABALU : Muslimah (wanita) bukan sekadar pelengkap masyarakat, sebaliknya merupakan tonggak utama dalam pembinaan ummah yang sejahtera.  Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Nuinda Alias berkata, wanita memainkan peranan penting sebagai ‘arkitek keluarga’ dalam membentuk generasi masa depan yang berteraskan nilai iman dan akhlak, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Nuinda ketika menyampaikan ucapan .  "Sebagai ibu, muslimah mendidik generasi masa depan dengan nilai yang kukuh, manakala dalam masyarakat pula mereka berperanan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penuh empati.  "Dalam menghadapi cabaran globalisasi, Muslimah perlu bijak mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat serta mempertahankan jati diri agar terus relevan dan berdaya saing," katanya ketika me...