11 Soalan Lisan Dijawab Pada Hari Ketiga DUN Sabah

Wartawan: Idris Sani Saberun
Foto: Johny George Kimlon/Vicky Sylvester Matanjang




KOTA KINABALU: Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 bermula jam 10 pagi Rabu dengan sesi pertanyaan lisan berjalan lancar.





KETIBAAN… Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah (kanan) menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (dua dari kiri) ketika menghadiri hari ketiga persidangan DUN di perkarangan bangunan DUN.




PERSIDANGAN… Sebahagian Menteri-menteri Kabinet tekun mengikuti sesi pertanyaan lisan pada Hari Ketiga Mesyuarat Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17.



Sebanyak sembilan kementerian mengambil bahagian dalam sesi pertanyaan lisan dengan 11 soalan dijawab secara lisan oleh para menteri sebelum persidangan ditangguhkan pada jam 11.22 pagi oleh Timbalan Speaker, Datuk Al Hambra Tun Juhar.



 Gambar sekitar Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.



 Gambar sekitar Hari ketiga Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.


Persidangan kemudian diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan yang dimulakan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau mengambil masa selama satu jam 28 minit, bermula jam 11.23 pagi hingga 12.51 tengah hari, bagi menyampaikan penggulungan kementeriannya pada sesi pagi.

Sesi penggulungan itu memberi penjelasan lanjut terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri sepanjang perbahasan sebelum ini./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos