Pesara Kerajaan Digesa Sumbang Pengalaman, Pengetahuan Untuk Kemajuan Sabah - Abd Kassim
Wartawan : Norsiah Mahmud Jurufoto : Azman Jumat KOTA KINABALU: Golongan pesara kerajaan digesa untuk terus menyumbang tenaga, pemikiran dan pengalaman luas yang dimiliki demi kemajuan negeri Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Datuk Abd Kassim Razali berkata sumbangan golongan berkenaan tidak seharusnya terhenti selepas bersara, sebaliknya tenaga dan kepakaran mereka masih diperlukan untuk kemajuan negeri. "Kita mengharapkan kepada pesara ini terus menggunakan tenaga mereka untuk menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah. Abd Kassim (duduk, tiga dari kanan) ketika menjalani pemeriksaan tekanan darah di reruai saringan kesihatan "Kerana kita pasti mereka ini kaya dari segi pengalaman dan juga pengetahuan. "Kita boleh umpamakan mereka ini seperti Google. Kita boleh bertanya tentang pengalaman dan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk membangunkan negeri kita di masa hadapan. "Persaraan tidak bermakna pesara berhenti daripada berbakti kepada masyarakat...