Posts

Showing posts from June, 2026

Hungary Tawar 40 Biasiswa Untuk Pelajar Malaysia

Image
Wartawan     : Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Johny George Kimlon   Tun Musa (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sándor (kiri) dan rombongan. KOTA KINABALU: Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia termasuk dari Sabah sebagai usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan serta pembangunan strategik. Duta Besar Hungary Ke Malaysia, Dr. Sándor Sipos berkata,    pendidikan menjadi tunjang utama hubungan Hungary dan Malaysia termasuk usaha menggalakkan lebih ramai pelajar Sabah melanjutkan pengajian di negara itu. "Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD). "Kita berharap lebih ramai pelajar dari Sabah memanfaatkan peluang ini sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri. Sándor ketika ditemui media. Sándor (ki...

KESUMA, JHEKS Komited Perkukuh Institusi Kesatuan Sekerja

Image
Wartawan     : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto          : Mohd Sazwan Roslan Tun Musa (tengah, duduk) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir dalam program tersebut. KOTA KINABALU : Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) komited dalam memperkukuhkan kapasiti kesatuan sekerja di seluruh negara. Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, peruntukan RM6.1 juta melalui JHEKS adalah untuk membantu kesatuan yang memerlukan sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti berkesatuan. "Sebanyak RM3.5 juta geran diagihkan kepada kesatuan sekerja mengikut kluster yang diluluskan dan RM2.6 juta bagi peruntukan Program Outreach dan Program Khidmat Masyarakat (CSR). "Objektif utama Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) adalah untuk memperkukuh kapasiti kesatuan sekerja supaya lebih berkesan dalam melindungi hak kebajikan dan kepentingan pekerja. "Kita ingin melihat kesatuan sekerja ...

Sabah Perkasa Pembangunan Bakat Tempatan Penuhi Keperluan Industri

Image
Wartawan     : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan Tun Musa (tengah) ketika menyampaikan geran PHEKS kepada wakil Kesatuan Pekerja-pekerja FGV Refineries Sdn Bhd Sabah. KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembangunan bakat tempatan agar rakyat Sabah dapat mengisi peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang diwujudkan melalui pelaburan baharu dan pembangunan sektor strategik. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri terus komited melaksanakan agenda pembangunan modal insan menerusi pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri masa depan. "Kita mahu melihat lebih ramai anak Sabah menjadi jurutera, teknologis, juruteknik mahir, saintis data, pakar kecerdasan buatan dan pemimpin industri yang mampu bersaing di peringkat global. "Dunia pekerjaan kini sedang melalui satu transformasi besar ...

Kunjungan Hormat SKN Baharu Kepada Tun Musa

Image
Wartawan : Noorsiah Mahmud Foto : Rednny Rasang KOTA KINABALU : Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) yang baharu, Datuk Zainudin Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin. Kunjungan berkenaan merupakan pertemuan rasmi pertama Zainudin bersama Tun Musa selepas dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini. Zainudin yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dilantik sebagai SKN baharu menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun lepas./Penerangan- Tun Musa (kiri) bergambar kenangan dengan Zainudin (kanan).

Bekalan Darah Tidak Mencukupi, Perlu 100 Ribu Unit Setahun

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Norazuwan Mohd Yusof KOTA KINABALU : Sabah memerlukan sekitar 100,000 unit darah setiap tahun bagi memenuhi keperluan pesakit di negeri ini.  Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim berkata, Sabah masih berdepan kekurangan bekalan darah dan itu perlu ditangani segera menerusi penglibatan aktif masyarakat, jabatan kerajaan, agensi serta sektor swasta dalam menjayakan kempen derma darah secara berterusan. Azrul ketika ditemui media. "Sabah memerlukan lebih 100,000 unit darah setahun, namun bekalan yang berjaya dikumpulkan hanya sekitar 70,000 unit darah pada tahun lalu. Ini bermakna kita masih berdepan kekurangan hampir 25,000 unit darah. "Saya menggalakkan seluruh rakyat di Sabah untuk tampil menderma darah bagi memastikan keperluan bekalan darah di negeri ini dapat dipenuhi bukan sahaja di Hospital Queen Elizabeth II tetapi di semua tempat. "Kita faham bahawa terdapat cabaran yang agak besar di Sabah, khu...

Tagal Pendekatan Terbaik Pulihara Ikan Sungai

Image
Wartawan : Sam Mansibu Foto : Mazlan Bakar NABAWAN : Sistem tagal antara pendekatan terbaik dalam memulihara sumber perikanan sungai dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar. Pengarah Perikanan, Datin Dr. Shuhadah Mustapha berkata, sistem tagal yang diamalkan secara turun-temurun terbukti berjaya memulihkan semula sumber ikan sungai yang semakin berkurangan selain menjadi sandaran penting dalam menjamin keterjaminan makanan bagi komuniti pedalaman. Lawrence (empat dari kiri) menandatangani plak perasmian program tersebut. "Sistem tagal berteraskan penjagaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan merupakan amalan warisan masyarakat Sabah yang telah dipraktikkan secara turun-temurun, selain terbukti berkesan sebagai pendekatan konservasi berasaskan komuniti. "Di kawasan Pensiangan dan Pagalungan sahaja terdapat sebanyak 21 tagal tradisi yang aktif dan perkembangan ini membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan sungai semakin meningkat,...

Data Banci Ekonomi 2026 Perkukuh Pelaksanaan SMJ 2.0

Image
Wartawan : Noorsiah Mahmud Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Data Banci Ekonomi 2026 memperkukuhkan pelaksanaan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum berkata, data berkualiti penting dalam memacu perancangan pembangunan di negeri ini. Jonnybone ketika menyampaikan ucapan perasmian. "Kejayaan pelaksanaan SMJ 2.0 amat bergantung kepada ketersediaan data yang lengkap, tepat dan terkini. "Dalam konteks ini, Banci Ekonomi 2026 merupakan antara sumber data paling penting yang akan menyokong perancangan, pelaksanaan dan pemantauan agenda SMJ 2.0. "Selain itu, data yang dihasilkan akan membantu kerajaan memahami landskap ekonomi semasa, mengenal pasti sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta merancang strategi pembangunan lebih mampan dan inklusif," katanya ketika merasmikan program Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026, di sini, pada Khamis. Menurut Jonnybone...

CIPTA@UMS Perkasa Pengkomersilan Penyelidikan

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Rednny Rasang KOTA KINABALU : Pelancaran Hub Inkubasi Pengkomersilan Universiti Malaysia Sabah (CIPTA@UMS) membuktikan komitmen UMS dalam memperkasa ekosistem pengkomersilan penyelidikan yang lebih dinamik, progresif dan berimpak tinggi.  Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani untuk memacu ekonomi berteraskan inovasi, universiti bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menyokong pertumbuhan syarikat pemula dan syarikat terbitan atau Start-Up Spin-Off (SUSO).  Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapan.  "Landskap global hari ini sedang mengalami perubahan pantas didorong kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi berasaskan pengetahuan.  "Dalam mendepani persekitaran yang kompetitif ini, sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi hendaklah melangkaui fungsi konvensional yang sekadar bertindak sebagai pusat penyelidi...

20 Peratus Pelaut Tempatan Anak Sabah

Image
Wartawan : Nurfatin Mohamed Yusof Foto : Jeffren Malaning KOTA KINABALU : Kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pelaut tempatan di Malaysia terdiri daripada anak Sabah. Ketua Pengarah Laut Malaysia, Datuk Dickson Dollah berkata, rekod Jabatan Laut Malaysia menunjukkan anak Sabah merupakan kumpulan kedua terbesar dalam industri kepelautan negara, sekali gus membuktikan negeri ini mempunyai potensi besar dalam industri maritim negara. Dickson ketika berucap di majlis tersebut. "Anak muda Sabah mempunyai kelebihan dari segi disiplin, daya tahan dan keberanian yang merupakan antara ciri penting untuk berjaya sebagai pelaut. "Sabah juga mempunyai kedudukan strategik dengan kawasan pesisir pantai yang luas serta aktiviti ekonomi berasaskan laut yang menyokong pembangunan sektor maritim dan ekonomi biru," katanya ketika berucap pada Program Aspirasi Kerjaya Pelaut Sabah 2026 sempena Sambutan Hari Pelaut Sedunia, di sini, pada Khamis. Menurut Dickson, program tersebut merupa...

Projek Peluasan Pelabuhan Sepanggar capai 61 peratus

Image
Wartawan : Nurfatin Mohamed Yusof Foto : Jeffren Malaning KOTA KINABALU : Projek peluasan Pelabuhan Sepanggar kini mencapai kemajuan 61 peratus. Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, perkembangan itu dicapai hasil pemantauan berterusan serta kerjasama semua pihak, termasuk kontraktor pelaksana. Ewon ketika berucap di majlis tersebut. "Kemajuan projek daripada sekitar 26 hingga 27 peratus ketika saya mula mengambil alih tanggungjawab, kini sudah mencapai 61 peratus kadar pelaksanaan. "Kementerian turut mengadakan sesi libat urus secara berkala bagi mengenal pasti dan menyelesaikan isu yang boleh menjejaskan kemajuan projek," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Aspirasi Kerjaya Pelaut sempena Sambutan Hari Pelaut Sedunia di sini, pada Khamis. Ewon berkata, isu kesesakan di Pelabuhan Sepanggar kekal menjadi keutamaan kementerian memandangkan pelabuhan itu memainkan peranan penting dalam menyo...

Pendidikan Pelaburan Penting Untuk Masa Depan Sabah – SUP

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Vicky Sylvester Matanjang . Para penerima APC 2025 merakamkan gambar kenangan bersama-sama dengan jemputan khas. KOTA KINABALU: Pendidikan merupakan pelaburan penting dalam membangunkan modal insan berkualiti yang mampu memacu kemajuan Sabah. Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab berkata, p embangunan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga memerlukan modal insan berkualiti untuk memacu kemajuan negeri. "Pembangunan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada kemudahan fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelabuhan dan lapangan terbang sebaliknya memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran serta berdaya saing untuk menerajui pelbagai sektor ekonomi pada masa hadapan. " Apabila kita melabur dalam pendidikan, kita melabur dalam masa depan Sabah. Usaha memperkukuh sekolah pula memperkukuh daya saing negeri, sekali gu...