Hungary Tawar 40 Biasiswa Untuk Pelajar Malaysia

Wartawan    : Idris Sani Saberun
Jurufoto        : 
Johny George Kimlon


 Tun Musa (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sándor (kiri) dan rombongan.


KOTA KINABALU: Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia termasuk dari Sabah sebagai usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan serta pembangunan strategik.


Duta Besar Hungary Ke Malaysia, Dr. Sándor Sipos berkata,  pendidikan menjadi tunjang utama hubungan Hungary dan Malaysia termasuk usaha menggalakkan lebih ramai pelajar Sabah melanjutkan pengajian di negara itu.

"Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

"Kita berharap lebih ramai pelajar dari Sabah memanfaatkan peluang ini sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri.

Sándor ketika ditemui media.

Sándor (kiri) menjelaskan sesuatu kepada Tun Musa ketika menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa (tiga dari kanan)

Sándor (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.


"Selain pendidikan, Hungary juga melihat potensi kerjasama dengan Sabah dalam bidang peralatan perubatan, biodiversiti serta perdagangan," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Sandor berkata beliau gembira kembali ke Sabah selepas lawatan pertamanya sempena Pesta Kaamatan baru-baru ini dan menyifatkan negeri itu mempunyai kepelbagaian budaya, warisan serta masyarakat yang mesra.

Sementara itu, beliau memaklukan Kedutaan Hungary merancang menganjurkan ekspedisi saintifik ke Sabah pada Ogos depan bagi memperingati sumbangan penyelidik Hungary, Franz Xaver Witti, yang pernah menjalankan penyelidikan di Kudat dan Kota Marudu pada penghujung abad ke-19.

Menurutnya, ekspedisi itu turut melibatkan lawatan ke Banjaran Witti di Sandakan dan Bukit Andrassy di Tawau yang dinamakan sempena tokoh Hungary, sekali gus mencerminkan hubungan sejarah yang telah lama terjalin antara Hungary dan Sabah./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar

PUSPA VOICE 2.0 Tonjol Bakat Seni Suara Wanita Sabah