Lima Pelajar Cemerlang Terima Biasiswa Anugerah Cemerlang TYT
Wartawan : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto : Jeffren Malaning KENANGAN...Tun Musa (enam dari kiri) dan Toh Puan Faridah (enam dari kanan) bergambar kenangan bersama para penerima biasiswa. KOTA KINABALU : Seramai lima pelajar cemerlang terpilih menerima Biasiswa Anugerah Cemerlang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Kelima-lima penerima bakal melanjutkan pelajaran ke Northumbria University, United Kingdom dan akan berlepas pada 19 September depan. Penyampaian biasiswa berkenaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis. Sementara itu, penerima termuda, Nixon Liew Yan Chern, 17, berkata, biasiswa tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan tetapi juga menjadi pendorong untuk mencapai impiannya yang bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Kimia. "Saya berharap saya d...