Konvoi KMJG 2026 Libatkan 25 Agensi Semarak Bulan Kebangsaan
Wartawan: Nazri Ramsyah Jurufoto: NorAzuan Mohd Yussof KOTA KINABALU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 bakal menyantuni masyarakat bandar dan luar bandar bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah pada tahun ini. Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, konvoi KMJG pada tahun ini melibatkan 25 agensi daripada kerajaan Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa wakil pihak swasta. “Seperti tahun-tahun lepas, KMJG akan menjelajah ke setiap daerah sehingga 31 Ogos depan bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat, selain membawa mesej cintakan negara dan negeri melalui pelbagai pendekatan. “KMJG akan bermula di perkarangan Menara Kinabalu dan akan bergerak di sekitar Kota Kinabalu dan menuju ke beberapa check point antaranya Sabah International Convention Centre (SICC), Dewan Masyarakat Menggatal serta Foh Sang. Suasana ketika sesi temu bual. "F...