Posts

Showing posts from October, 2026

Sabah Belanja RM17 Juta Perkasa Program Bantuan Ruminan Sabah

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Rednny Rasang  Jamawi (tengah), Ruslan (depan, dua dari kanan) dan Zul Bahar (depan, dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama-sama dengan penternak kambing dan lembu pedaging. PENAMPANG: Kerajaan Sabah telah membelanjakan RM17 juta bagi memperkasakan Program Bantuan Ruminan Sabah setakat 2026 dan akan diteruskan sehingga tahun 2030. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, bantuan lembu pedaging, lembu tenusu dan kambing dari Australia itu akan diteruskan dengan kuantiti yang sama setiap tahun bagi meningkatkan kualiti baka serta produktiviti ternakan negeri. "Tahun depan kita ada program yang sama, kuantiti yang sama sehingga tahun 2030 bagi menambah baik ternakan lembu pedaging, lembu tenusu dan kambing agar dapat menghasilkan baka yang lebih baik. "Sebahagian besar penternak kita di lapangan sebenarnya masih mente...

Konsert Malam Amal Lagenda Fokus Bantu Penggiat Seni Sabah

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah  Jurufoto          :  Marusin Minuddin Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan Persatuan Karyawan Malaysia. KOTA KINABALU: Penganjuran Konsert Malam Amal Lagenda “Senandung Hidup Berbudi” adalah untuk membantu penggiat seni di Sabah. Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Khatijah Ibrahim berkata, konsert tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 6 November dan merupakan edisi kedua selepas dua tahun. "Edisi kali ini menyasarkan seramai 1,500 pengunjung yang akan hadir meskipun sambutan setakat hari ini agak perlahan, kita masih mengharapkan lebih ramai peminat-peminat lagu lama akan hadir. "Matlamat utama kutipan dana daripada konsert amal tersebut adalah untuk disalurkan kepada penggiat seni tempatan di Sabah tidak kira bidang perfileman, penulisan, nyanyian ataupun belakang tabir," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Per...

Tun Musa Terima Kunjungan Duta Besar Republik Slovakia

Image
Wartawan    : Norsiah Mahmud Jurufoto          :  Marusin Minuddin  KENANGAN...Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Peter (dua dari kiri) serta rombongan. KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Slovakia ke Malaysia, H.E. Peter SpiÅ¡iak, di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa. Peter berkata, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan mengenai pembukaan semula Kedutaan Slovakia di Kuala Lumpur. Selain itu, kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan potensi kerjasama dengan Sabah dalam bidang pengurusan air, pengurusan sisa dan bekalan elektrik. Turut hadir, Diplomat Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan Slovakia, Natália Furdová dan Konsul Kehormat Republik Slovakia di Kota Kinabalu, Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau./Penerangan-

MAJAPS Anjur Larian Amal 2026

Image
Wartawan     : Mantisa James Jurufoto         :  Mohd Sazwan Roslan KENANGAN...Tun Musa (tujuh dari kanan) bergambar bersama rombongan MAJAPS. KOTA KINABALU: Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) bakal menganjurkan larian amal, MAJAPS Charity Run pada 6 Disember 2026 di perkarangan ITCC Penampang. Presiden MAJAPS, Datuk Seri Panglima Dr. Clarence B. Malakun berkata, acara larian sejauh tujuh kilometer itu akan bermula dan berakhir di perkarangan ITCC dengan menjemput Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman selaku penaung MAJAPS untuk merasmikan acara berkenaan. "Kami datang hari ini, untuk menjemput Tuan Yang Terutama Tun sebagai tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelepasan larian tersebut. "Ketibaan Tun dijangka kira-kira jam 4.30 petang dan Tun juga merupakan penaung kepada Majlis Jaksa Pendamai. "Acara ini akan bermula dari pekarangan ITCC Penampang sejauh 7 kilometer mengelilingi kawasan SMK Datuk Peter Mojuntin dan bulatan Sigah sebelum kembali...

Sabah Perkasa Bahasa Kebangsaan Hadapi Cabaran AI

Image
Wartawan     : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KENANGAN...Hajiji (depan, tengah) bergambar kenangan bersama tetamu dan para hadirin. KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian serius terhadap usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam mendepani cabaran era digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI). Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, usaha itu termasuk memperluas penggunaannya di tempat awam serta memperkukuh pematuhan dalam urusan rasmi. "Ini turut merangkumi pemerkasaan pantun dan tulisan Jawi, penyelidikan pelbagai bahasa serta sastera etnik dan pengembangan industri buku yang menampilkan penulis dari Sabah.  "Saya juga mahu melihat anak-anak muda Sabah, para pempengaruh digital dan penggiat industri kreatif tempatan memanfaatkan teknologi bagi menyuburkan penggunaan bahasa kebangsaan. "Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sahaja memfokuskan pertumbuhan ekonomi...

KUSKOP Salur Hampir RM 1 Billion Perkukuh Ekosistem Keusahawanan, Koperasi Sabah

Image
Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah Jurufoto    :  Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan dan koperasi di Sabah dengan menyalurkan hampir RM1 bilion setakat September 2026. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, selain pembiayaan, KUSKOP turut memperkukuhkan infrastruktur perniagaan dengan melaksanakan 134 projek Tamu Desa di Sabah bagi menyediakan ruang niaga yang lebih selesa serta kondusif kepada usahawan luar bandar. Mohamad (dua dari kiri) dan Ewon (tengah) mengabadikan gambar kenangan dengan menunjukkan bagus. "Seramai 45,000 orang usahawan dan koperasi di Sabah telah menerima dana pembiayaan yang berjumlah hampir RM1 bilion. "Ini mencerminkan komitmen berterusan KUSKOP bagi memperkukuhkan ekosistem dengan memberi akses yang luas kepada pembiayaan serta pelbagai inisiatif lain. "Melalui Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia ...

Pesta Gong Platform Angkat Khazanah Tradisional Sabah

Image
Wartawan :  Florina Lunsin Jurufoto    :  Florina Lunsin MATUNGGONG: Pesta Gong menjadi platform untuk mengangkat khazanah tradisional Sabah serta memperkenalkan keunikan budaya masyarakatnya. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, penganjuran pesta itu merupakan usaha penting untuk memelihara dan memartabatkan seni gong agar tidak luput ditelan zaman. "Pesta Gong bukan sekadar acara kebudayaan tetapi merupakan platform untuk mengangkat khazanah tradisional Sabah, memperkenalkan keunikan budaya masyarakatnya serta memupuk perpaduan. Tinah (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Julita (empat dari kanan).  "Melalui platform ini, generasi muda dapat mengenali, mempelajari dan menghargai warisan budaya mereka. "Seni muzik dan pembuatan gong juga mencerminkan kreativiti, kemahiran serta nilai kehidupan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. "Usaha ini selaras dengan tema Pesta Gong kali ini iaitu Gema Gong, Semarak Budaya ...

Belanjawan 2027 Beri Manfaat Belia Seluruh Negara

Image
Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto    :  Merusin Maruddin KOTA KINABALU: Inisiatif Belanjawan 2027 memberikan pelbagai manfaat kepada golongan belia seluruh negara termasuk Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, antara inisiatif belanjawan yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan penghargaan kepada belia di Malaysia termasuk Sabah. "Untuk menghargai para belia di negara ini terutama di negeri Sabah, Belanjawan 2027 turut memberi manfaat kepada golongan belia.  Mustapha (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian. "Antara inisiatif tersebut adalah belia yang berumur 18 tahun ke atas layak menerima SARA MADANI 2027. "Melalui SARA MADANI, belia yang berumur 18 tahun ke atas dan bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan menerima RM100 sebanyak dua kali. "Kita juga ada Budi Belia, iaitu RM100 melalui e-wallet atau e-dompet dan ini adalah untuk belia ya...

Setiausaha Penggerak Reformasi Kerenah Birokrasi

Image
Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus Jurufoto    :  Rednny Rasang KOTA KINABALU : Warga setiausaha perkhidmatan awam negeri berperanan penting sebagai penggerak Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi mempermudah urusan rakyat dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata, warga setiausaha perlu memastikan urusan pentadbiran dipermudah dan proses kerja ditambah baik. "Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) bagi melaksanakan agenda Reformasi Kerenah Birokrasi, khususnya untuk mempercepat proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.   Zainudin (depan, dua dari kiri) ketika menyampaikan Anugerah Tokoh Setiausaha kepada Liew (depan, dua dari kanan). "Kelancaran sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi, tetapi banyak juga bergantung dengan kebijaksanaan para setiausaha. "...

Kecintaan Kepada Rasulullah Perlu Dibuktikan Melalui Akhlak

Image
Wartawan : Mohd Said Kalihing Jurufoto    : Mazlan Bakar KENINGAU: Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW perlu diterjemahkan melalui pengamalan akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Pembantu Menteri Kewangan II, Datuk Sr. Mohd Ishak Ayub berkata, penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW perlu diterjemahkan melalui amalan kejujuran, amanah, kesabaran serta sikap prihatin terhadap masyarakat. "Kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu dibuktikan melalui akhlak, tutur kata serta tindakan yang mencerminkan ajaran Baginda. "Penghayatan nilai Islam seperti amanah, keadilan, kasih sayang, kesederhanaan dan ihsan mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni, khususnya dalam daerah yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan latar belakang.  Ishak (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan perarakan Sambutan Maulidur Rasul kepada wakil Masjid Ar Rahim, Keningau. "Semangat Maulidur Rasul perlu diteruskan melalui pengimarahan masjid, peng...

Zero Waste, Roadshow Kinabalu UNESCO Tingkat Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar

Image
  Wartawan : Munica Kiat Jurufoto     : Robitikson Majingka/Mohd Asraf Aslan RANAU: Program Zero Waste dan Roadshow Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar, warisan alam dan pembangunan mampan.  Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam berkata, gabungan kedua-dua program itu membolehkan pendidikan alam sekitar disertai tindakan di lapangan menerusi aktiviti gotong-royong dan taklimat berkaitan geopark.  Tinus (kiri) menyempurnakan flag-off Program Zero Waste. "Program Zero Waste menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih bertanggungjawab dalam pengurusan sisa.  "Manakala Roadshow Geopark pula, kita memperluas pengetahuan masyarakat tentang nilai geologi, biodiversiti, warisan budaya dan kepentingan geopark kepada pembangunan daerah.  "Zero Waste menekankan usaha mengurangkan penghasilan sisa dari punca, menggunakan semula barangan yang masih boleh dimanfaatka...

SK Dogoton Zahir Penghargaan Inisiatif Kerajaan Sumbang Kemudahan Pembelajaran

Image
Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto    :  Rednny Rasang KUDAT: Sekolah Kebangsaan (SK) Dogoton menzahirkan penghargaan atas inisiatif kerajaan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyumbangkan kemudahan pembelajaran kepada pelajar. Guru Besar SK Dogoton, Asiung Asung berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, menyalurkan sumbangan berbentuk kemudahan pembelajaran buat pelajar sekolah menimba ilmu pengetahuan.   Asiung ketika ditemui media. "Antara sumbangan yang kami terima pada bulan September 2026 lalu adalah, meja berlaci dan kerusi plastik sebanyak 100 unit, papan putih 12 unit, meja bankuet sebanyak lima unit, manual skrin projektor satu unit serta kerusi guru sebanyak 14 unit. "Sumbangan tersebut amat bermakna buat kami, terutamanya buat pelajar-pelajar sekolah menggunakan kemudahan tersebut dalam menuntut ilmu, dan saya dapat lihat pelajar-pelajar sangat gembira dengan kemud...