Posts

Showing posts from May, 2026

Pemberian Interim RM1.5 Bilion Beri Impak Pembangunan Sabah

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Mohd Ibrahim Jurufoto: Reddny Rasang PENAMPANG : Pemberian interim RM1.5 Bilion dijangka memberi impak yang positif terhadap pembangunan di negeri Sabah. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, pemberian yang meningkat kepada RM1.5 Bilion berbanding RM600 juta sebelum ini memberi manfaat besar kepada pelaksanaan pembangunan di negeri ini. "Kita boleh meningkatkan pembangunan terutama untuk membaiki ketiga-tiga masalah utama di Sabah seperti jalan raya, air, tenaga serta pembentungan. "Ini yang kita perlukan segera sekarang selain daripada pembangunan-pembangunan yang lain. "Jadi saya melihat, perkara tersebut adalah impak yang paling besar kepada rakyat Sabah," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringat Negeri 2026, di Dewan SMK Bahang, di sini pada Ahad. Joachim (tengah) bergambar kenangan bersama 'Team Geram Be...

Terus Kukuhkan Perpaduan, Kebersamaan Untuk Kemajuan - Hajiji

Image
 Wartawan: Deonalisa Jekee Edin Jurufoto :  Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ia adalah seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sememangnya komited dan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan kepesatan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat terus terbela. "Pelbagai inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan, termasuklah memperkukuhkan ekonomi negeri menerusi agenda yang ditetapkan dalam Hala Tuju Sabah SMJ 2.0. "Usaha ini termasuklah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti sektor pertanian, memperkasa modal insan, melestarikan kesejahteraan rakyat baik di luar bandar mahupun bandar dan memajukan sektor pelancongan melalui kebudayaan. "Dalam usaha mencapai matlamat ini, sudah tentulah kerajaa...

Pertimbang Tambang Penerbangan Pada Musim Perayaan - Jafry

Image
 Wartawan: Noorsiah Mahmud Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Kerajaan dan pihak berkaitan disaran mempertimbangkan isu kenaikan tambang penerbangan ke Sabah khususnya ketika musim perayaan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin menggesa agar isu kenaikan tambang penerbangan diberi pertimbangan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat yang pulang ke kampung. "Kita dapati memang ada sedikit kenaikan tambang. Walau bagaimanapun, kita minta pihak kerajaan dan mereka yang berkaitan untuk mempertimbangkan terutama perayaan-perayaan.  "Walaupun kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan menyediakan beberapa insentif, usaha lanjut wajar dipertimbangkan bagi membantu rakyat Sabah yang pulang ke kampung untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai," katanya ketika ditemui nedia selepas majlis Perasmian Penutupan Kaamatan Peringkat Negeri 2026 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA di sini, pada Ahad. Jafry ketika ditemui media. Dal...

Gelvia Vanessa Dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2026

Image
 Wartawan: Mohd Irfan Janis Jurufoto: Johny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Unduk Ngadau Papar, Gelvia Vanessa Jenny dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri Tahun 2026.  Gelvia yang menewaskan 53 peserta lain membawa hadiah wang tunai, mahkota, trofi dan sash serta pelbagai hadiah iringan. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Unduk Ngadau Tuaran, Juje Elor Francis dan Unduk Ngadau Matunggong, Criszelbellkah Lorris di tempat ketiga. Gelvia Vanessa dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2026. Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Liane Melve Grace Lias, Unduk Ngadau Daerah Pagalungan Kerishine Danil, Unduk Ngadau Daerah Penampang Gadrette Gregory dan Unduk Ngadau Daerah Sook Myra Evana Robert.  Pertandingan berkenaan merupakan acara kemuncak bagi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan...

Kerajaan Komited Laksana Tuntutan MA63

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Jurufoto: Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Kerajaan persekutuan komited melaksanakan tuntutan seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut di bawa ke Jemaah Menteri dan dilafazkan di Parlimen, Kerajaan MADANI tetap akan melaksanakan janji 40 peratus untuk negeri Sabah. "Saya minta segera untuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan berbincang secara terperinci dengan Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara ini. "Dasar kerajaan MADANI pimpinan saya yang menetapkan tiada lagi hujah, ianya adalah polisi yang perlu dilaksanakan," katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, pada Sabtu. Anwar (empat dari kiri) bersama para hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku. Jelasnya, setiap keputusan dan nilainya harus dicerakin dengan terperinci dengan pihak-pih...

PMX Berangkat Pulang Ke Ibu Negara

Image
 Wartawan: Noorsiah Mahmud Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke ibu negara selepas menyempurnakan Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Kali Ke-66 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang.  Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 6.08 petang, pada Sabtu. Anwar (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di KDCA, Penampang. Hadir mengucapkan selamat jalan adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untung./Penerangan-

500 Peserta Meriahkan Sukan Tradisi Pesta Kaamatan 2026

Image
 Wartawan: Deonalisa Jekee Edin Jurufoto: Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan/Reddny Rasang P ENAMPANG : Kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam Sukan Tradisi sempena Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2026.  Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jumlah itu mencerminkan sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan generasi muda terhadap usaha memelihara warisan budaya negeri.  "Dianggarkan kira-kira 500 peserta akan mengambil bahagian dalam 10 acara tradisional yang dipertandingkan sepanjang program sukan tradisi ini.  AKSI...Antara aksi semasa sukan tradisi berlangsung. "Antara acara yang dianjurkan ialah gusti lengan, membujak, menyumpit dan tarik tali yang mendapat penyertaan ramai peserta.  "Ini adalah satu petanda yang baik dan menjadi contoh kepada generasi yang di luar sana supaya walaupun kita berada di mana-mana di dunia ini tetapi janganlah kita melupai asal-usul kita dan adat bud...

PMX Tiba di Sabah Sempena Pesta Kaamatan 2026

Image
 Wartawan: Noorsiah Mahmud Jurufoto: Reddny R. KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah bagi menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Kali Ke-66. Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) jam 10.32 pagi, pada Sabtu. Anwar (kiri) disambut oleh Hajiji (kanan) ketika tiba di LTAKK. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.   Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian tersebut pada jam 11.00 pagi di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.  Anwar bersalaman dengan orang yang hadir menyambut ketibaan beliau. Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun serta Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri./Penerangan-

JFL 2026 Punyai Potensi Komersial, Nutrisi Kesihatan Baik

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Mohd Ibrahim Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Program Jungle Food Labs (JFL) 2026 yang dianjurkan sempena Kaamatan International Week mempunyai potensi nilai komersial dan nutrisi kesihatan yang baik. Timbalan Presiden Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, makanan tradisi yang diperoleh daripada hutan bukan sahaja sedap, malah mempunyai nilai komersial dan nutrisi yang baik untuk kesihatan. "Sebagai contoh, tuhau (wild ginger) boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam makanan seperti sambal dan produk berasaskan herba yang mempunyai nilai komersial serta memberi manfaat kesihatan kepada pengguna. "Program yang diperkenalkan beberapa tahun lalu ini pernah dihoskan oleh daerah Tambunan dan berjalan dengan lancar sebelum diketengahkan di peringkat negeri.  Jeffrey semasa berucap merasmikan program tersebut. "Semua makanan ini selamat dimakan. Makanan hutan bukan sahaja untuk kelangsungan hid...

Lebih 6,000 Jemaah Sertai Solat Aidiladha Bersama Tun Musa

Image
Wartawan     : Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan MESRA...Tun Musa bersalaman dan beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha. KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bersama lebih 6,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah (MNS) di sini, pada Rabu. Ketibaan Tun Musa pada jam 7.20 pagi disambut Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan Sabah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Exco Agama Sabah), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Awang Juri Awang Tahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Solat Sunat Aidiladha Peringkat Negeri, KHUTBAH...Para muslimin khusyuk mendengar khutbah bertajuk "Ibadah Korban Dihayati, Jiwa Keikhlasan Disuburi" yang disampaikan oleh Bongsu. SOLAT...Tun Musa (tengah) bersama-sama Masid...

Nikmati Kaamatan Dengan Harmoni, Jaga Keselamatan dan Kawal Diri - Joachim

Image
Wartawan     : Noorsiah Mahmud Jurufoto          : Merusin Maruddin KOTA KINABALU : Para pengunjung yang menghadiri Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dinasihatkan untuk menikmati perayaan itu dengan harmoni. Joachim (tengah), Dr. Jeffrey (kiri) dan Ridhwan (kanan) ketika menjawab soalan diajukan media. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam berkata, berdasarkan trend tahun-tahun sebelumnya, puluhan ribu pengunjung dijangka hadir ke sambutan tersebut. " Nasihat saya kepada pengunjung agar sentiasa menjaga keselamatan diri, mengawal tingkah laku masing-masing dan nikmatilah perayaan ini," k atanya dalam Sidang Media Pesta Kaamatan di sini, pada Selasa. Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sembutan berkenaan memaklumkan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle bus) turut disediakan kepada pengunjung s empena perayaan Pesta Kaamatan tahun ini. "Perkhid...

Pertandingan UNK Tampil Kelainan, Tambah Baik Format Penilaian

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah  Jurufoto          :   Jeffren Malaning Mary (lima dari kiri) menyerahkan cenderakenangan kepada Toh Puan (tengah). KOTA KINABALU : Pertandingan  Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2026  bakal menampilkan kelainan yang signifikan menerusi pelbagai penambahbaikan format penganjuran apabila para finalis akan dinilai dalam dua peringkat. Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Sabah Dr Mary Gambidau berkata, langkah tersebut diambil bagi memberi ruang kepada para peserta menyerlahkan potensi diri masing-masing, selain memperkasakan lagi pengurusan acara kebudayaan berprestij itu. "Selain pertambahan bilangan finalis, kita turut memperkenalkan kaedah penilaian secara dua peringkat, iaitu penilaian awal yang bermula sepanjang minggu Unduk Ngadau dari 26 Mei, diikuti dengan penilaian akhir pada 31 Mei ini. Mary ketika di temui media. Suasana ketika kunjungan berlangsung. Suasana ketika kunjungan berlangsung. "Tahun ...

Acara Kebudayaan Meriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026

Image
Wartawan     :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto        : Johnny Joklis  Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2026.  Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2026.  KOTA KINABALU : Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 bakal dimeriahkan dengan pengisian pelbagai program kebudayaan dan kesenian tradisional yang kini sedang rancak berlangsung di seluruh negeri. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, sebahagian besar daripada program yang diatur oleh jawatankuasa pelaksana telah berjalan dengan lancar, malah ada yang kini menghampiri peringkat akhir perayaan. Beliau menjelaskan, program-program tersebut merangkumi aktiviti berteraskan kebudayaan warisan etnik Sabah serta pertandingan khusus di peringkat sekolah. "Antara pengisian utama yang sedang berjalan termasuklah Pertandingan Hiis, Manangon iaitu ...

Lebih 6,000 Jemaah Sertai Solat Aidiladha Bersama Tun Musa

Image
 Wartawan: Jurufoto: KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bersama lebih 6,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah (MNS) di sini, pada Rabu. Ketibaan Tun Musa pada jam 7.20 pagi disambut Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan Sabah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Exco Agama Sabah), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Awang Juri Awang Tahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Solat Sunat Aidiladha Peringkat Negeri. SOLAT...Tun Musa (tengah) bersama-sama Masidi (lima dari kanan), Arifin (enam dari kanan) serta lebih 6000 muslimin menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Suhaidi. Solat Sunat Aidiladha bermula sekitar jam 7.30 pagi dan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Suhaidi Kuanting disusuli dengan khutbah Aidiladha bertajuk "Ibadah Korban Dihayati, Jiwa Keikhlas...

Sabah, Norway Teroka Kerjasama Sektor Maritim, Tenaga Dan Perikanan

Image
 Wartawan : Idris Sani Saberun Foto: Johnny Joklis KOTA KINABALU : Sabah dan Norway mempunyai potensi untuk meneroka kerjasama sektor maritim, tenaga dan perikanan pada masa hadapan. Duta Besar Norway ke Malaysia, Marianne Fosland berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh diterokai secara lebih mendalam pada peringkat seterusnya. " Norway memiliki kepakaran yang luas dalam industri perikanan moden serta pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang dilihat berupaya memberi nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. Marianne ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu. "Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga hijau, selain kagum dengan keindahan alam semula jadi negeri ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tenaga Hijau," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa . PERTEMUAN...Marianne (kiri) keti...