Sabah, Norway Teroka Kerjasama Sektor Maritim, Tenaga Dan Perikanan

 Wartawan : Idris Sani Saberun

Foto: Johnny Joklis



KOTA KINABALU : Sabah dan Norway mempunyai potensi untuk meneroka kerjasama sektor maritim, tenaga dan perikanan pada masa hadapan.


Duta Besar Norway ke Malaysia, Marianne Fosland berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh diterokai secara lebih mendalam pada peringkat seterusnya.

"Norway memiliki kepakaran yang luas dalam industri perikanan moden serta pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang dilihat berupaya memberi nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

Marianne ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

"Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga hijau, selain kagum dengan keindahan alam semula jadi negeri ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tenaga Hijau," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

PERTEMUAN...Marianne (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

Beliau menjelaskan bahawa kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan diri susulan pelantikan beliau sebagai Duta Besar Norway ke Malaysia bagi menggantikan pendahulunya, Gunn Jorid Roset.

Menurut Fosland, lawatan kerja selama dua hari ke Sabah itu juga membuka ruang yang signifikan untuk beliau mempromosikan potensi pelaburan negeri ini kepada syarikat-syarikat dan pelabur dari Norway bagi meneroka peluang perniagaan baharu di negeri ini./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar