Pembangunan Infrastruktur Jadi Keutamaan Kerajaan - Joachim
Wartawan : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto : Jeffren Malaning KOTA KINABALU : Pembangunan infrastruktur sentiasa menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, infrastruktur yang berkualiti bukan sekadar menyediakan kemudahan kepada rakyat tetapi turut membuka peluang ekonomi, memperkukuh hubungan antara kawasan bandar dengan luar bandar, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong pertumbuhan pelaburan yang mampan. "Namun, usaha membina masa depan Sabah melalui pembangunan infrastruktur bukanlah sesuatu yang mudah. "Antara cabaran utama yang dihadapi ialah keluasan negeri Sabah, taburan penduduk yang berselerak dan tidak tertumpu di beberapa kawasan sahaja, selain keadaan muka bumi yang berbukit-bukau, berpaya serta terdedah kepada risiko gempa bumi. Sebahagian daripada peserta persidangan "Faktor-faktor ini menjadikan pelaksanaan projek infrastruktur lebih kompleks ...