PMX Berangkat Pulang Ke Ibu Negara

 Wartawan: Noorsiah Mahmud

Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan


KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke ibu negara selepas menyempurnakan Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Kali Ke-66 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang. 

Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 6.08 petang, pada Sabtu.

Anwar (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di KDCA, Penampang.

Hadir mengucapkan selamat jalan adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untung./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar