PMX Tiba di Sabah Sempena Pesta Kaamatan 2026
Wartawan: Noorsiah Mahmud
Jurufoto: Reddny R.
KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah bagi menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Kali Ke-66.
Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) jam 10.32 pagi, pada Sabtu.
Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian tersebut pada jam 11.00 pagi di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.
Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun serta Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri./Penerangan-


Comments
Post a Comment