Tun Musa Terima Kunjungan Duta Besar Republik Slovakia

Wartawan   : Norsiah Mahmud
Jurufoto        : 
Marusin Minuddin

 KENANGAN...Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Peter (dua dari kiri) serta rombongan.

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Slovakia ke Malaysia, H.E. Peter Spišiak, di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Peter berkata, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan mengenai pembukaan semula Kedutaan Slovakia di Kuala Lumpur.

Selain itu, kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan potensi kerjasama dengan Sabah dalam bidang pengurusan air, pengurusan sisa dan bekalan elektrik.

Turut hadir, Diplomat Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan Slovakia, Natália Furdová dan Konsul Kehormat Republik Slovakia di Kota Kinabalu, Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Pelajar Sabah di Timur Tengah Disaran Jadi Duta Pendidikan

Pengorbanan Darwis Berbaloi, Anak Raih Kejayaan Cemerlang Dalam STPM