Kunjungan Hormat SKN Baharu Kepada Tun Musa

Wartawan : Noorsiah Mahmud

Foto : Rednny Rasang


KOTA KINABALU : Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) yang baharu, Datuk Zainudin Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.


Kunjungan berkenaan merupakan pertemuan rasmi pertama Zainudin bersama Tun Musa selepas dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Zainudin yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dilantik sebagai SKN baharu menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun lepas./Penerangan-


Tun Musa (kiri) bergambar kenangan dengan Zainudin (kanan).


Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar

PUSPA VOICE 2.0 Tonjol Bakat Seni Suara Wanita Sabah