Hari Pertama Sidang DUN Penggal Kedua Berjalan Lancar
Wartawan : Nur Fatin Mohamed Yunus
Foto : Merusin Minuddin/Johny Kimlon
KOTA KINABALU : Hari pertama Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 berlangsung lancar pada Isnin.
Mesyuarat dipengerusikan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya bermula pada jam 10 pagi.
Dalam sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan, sebanyak enam soalan sempat dijawab disusuli Usul Ucapan Terima Kasih yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.
Selepas itu, beberapa ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan antaranya ADUN Senalang, Datuk Seri Panglima Mohd Shafiee Apdal; ADUN Dilantik, Datuk Roger Chin; ADUN Bongawan, Dr. Daud Yusof; ADUN Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin; ADUN Tanjong Aru, Datuk Wong Hong Jun; ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin; ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; ADUN Merotai, Sarrifudddin Hata; ADUN Paginatan, Datuk Rusdin @ Musidi Riman dan ADUN Darau, Azhar Matussin.
Turut mengambil bahagian ialah ADUN Karambunai, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan; ADUN Sindumin, Yusri Pungut; ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; ADUN Likas, Tham Yun Fook; ADUN Tungku, Assffal P. Alian; ADUN Pantai Manis, Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; ADUN Karamunting, Wong Tshun Khee; ADUN Lamag, Mohd Ismail Ayob; ADUN Sekong, Alias Sani; ADUN Balung, Syed Ahmad Syed Abas.
Persidangan DUN Sabah itu ditangguhkan oleh Kadzim pada 6.47 petang dan akan disambung esok.
Comments
Post a Comment