Projek LRA Lahad Datu Capai 91.66 Peratus

Wartawan : Hamidah Len

Foto : Johny Kimlon


KOTA KINABALU: Projek Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 yang melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu berkapasiti 60 juta liter sehari (JLH) mencapai kemajuan 91.66 peratus.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata projek itu dijangka siap pada 10 Julai 2027 dan akan meningkatkan kecekapan operasi serta kapasiti pengeluaran bekalan air di daerah berkenaan.



Joachim ketika di Dewan Persidangan DUN Sabah.



"Projek itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 230,960 penduduk selain menyokong keperluan sektor industri di Lahad Datu.

“Selain memperluas liputan, projek ini turut meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.

“Antara kawasan yang bakal menerima manfaat termasuk Jalan Segama, Jalan Bakawali, Taman CL, Kampung Damai, Kimbell, Jalan Dam, Taman Executive, Taman Lily dan Jalan Agaseh.

“Turut terlibat ialah Jalan Tengah Nipah, Kampung Sabah Baru PRKT 1, Jalan Kastam Baru, Pusat Perindustrian Minyak Sawit (POIC) serta keseluruhan kawasan bandar Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Chin Tek Ming, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Khamis./Penerangan-


Joachim (tengah), ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury (kanan) dan ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah (kanan) bergambar kenangan di DUN Sabah.




Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos