Tun Musa Hadiri Ceramah Mufti Menk

Wartawan : Afisya Syazrin

Foto : Reddny Rasang




KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin antara tetamu kehormat yang hadir ceramah Mufti Menk Live in Sabah: ‘Broken but Beloved’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.


Mufti Ismail Menk, pendakwah antarabangsa dari Zimbabwe yang terkenal dengan pendekatan dakwah sederhana dan menyentuh hati, memulakan ceramahnya bertemakan ‘Broken but Beloved’ dengan mengupas tentang ujian hidup, konsep keampunan dalam Islam, serta kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

“Setiap daripada kita pernah patah, pernah jatuh tetapi Allah tetap sayang kita. Jangan putus asa dengan rahmat-Nya,” antara intipati yang disampaikan Mufti Menk dan disambut dengan suasana penuh penghayatan oleh para hadirin.


Pendakwah antarabangsa, Mufti Menk ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Broken but Beloved’.


Penganjuran Mufti Menk Live in Sabah: 'Broken but Beloved’ dilihat sebagai antara program dakwah berskala besar di negeri ini dan ia menjadi medan ilmu yang menghimpunkan umat Islam untuk bermuhasabah dan memperkukuh perpaduan ummah dalam suasana harmoni.

Program yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan menghimpunkan hampir 2,000 hadirin yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk pelajar, agamawan, belia, serta keluarga yang hadir bersama anak-anak.


Hadir bersama, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif.


Program berakhir sekitar jam 10 malam dengan doa penutup dipimpin Mufti Menk./Penerangan.

Para tetamu bersama hadirin mengaminkan doa dengan penuh khusyuk sebelum bermulanya ceramah ‘Broken but Beloved’ oleh Mufti Menk.


 

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos