Orang Ramai Dijemput Sertai Majlis Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah Jumaat Ini
Wartawan : Hamidah Len
Foto : Mohd Shahvian Razali
KOTA KINABALU : Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-75 Jumaat ini.
"Doa selamat dan solat hajat merupakan antara amalan yang sering dilakukan apabila kita memohon keberkatan, perlindungan serta kesejahteraan daripada Allah SWT.
"Dalam konteks ini, ia adalah satu manifestasi doa rakyat kepada pemimpin negeri agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta terus memimpin dengan hikmah," katanya ketika ditemui media selepas ditemubual di Sabah fm, pada Khamis.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa program tersebut memaklumkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman akan menyertai program berkenaan bersama-sama para pemimpin negeri.
| Suasana di konti Sabah fm. |
Menurut Awang Juri, majlis sama turut dilaksanakan di peringkat daerah pada malam Khamis dengan pengisian bacaan Yasin, doa selamat dan juga solat hajat selepas Solat fardhu Isyak.
"Kita berharap majlis ini dapat memberi impak dari segi pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan masyarakat, selain menyemai rasa kesyukuran dan kebersamaan," ujarnya.
Comments
Post a Comment