Tiada Asas Hidupkan Semula Tuntutan Manila ke Atas Sabah – Hajiji

 Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus
 Foto :   Johny George Kimlon / Vicky Sylvester Matanjang / Johny Joklis



KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan tiada asas untuk Manila menghidupkan semula tuntutan ke atas Sabah.

Beliau berkata, Sabah merupakan sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan perkara itu tidak seharusnya dipertikaikan.

Hajiji ketika ditemui media.


"Tidak perlu menjadikan perkara ini isu atau menggunakan krisis semasa untuk menghidupkan semula tuntutan lama,” katanya.
ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri, pada Sabtu.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin;

Juliah (tengah) semasa menyampaikan sumbangan duit raya.



Dalam pada itu, Hajiji turut berharap agar rakyat terus hidup dalam keadaan harmoni dan aman.

“Harapan kami agar semua orang hidup dalam keharmonian supaya kita dapat terus meraikan semua majlis perayaan dengan aman,” ujarnya.

SUASANA... Hajiji beramah mesra bersama tetamu.


Terdahulu, Hajiji bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan asnaf sebelum beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab./Penerangan-



Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah