2,500 Peserta, 62 Kontinjen Sertai Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun ke-75 TYT

Wartawan    :  Nurfatin Mohammed Yunus 
Jurufoto        : 
Volintine Jiloh



Tun Musa (tengah) bersama Shamshor (kiri) bergambar kenangan di Istana Seri Kinabalu.

KOTA KINABALU: Dianggarkan 2,500 peserta akan terlibat dalam Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac ini.


Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar berkata 62 kontinjen daripada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan akan menyertai istiadat perbarisan berkenaan.

"Orang ramai disaran hadir lebih awal untuk menyaksikan perbarisan berkenaan memandangkan peserta dijangka mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi.

"Ini merupakan detik bersejarah dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara serta menyaksikan keunikan istiadat perbarisan ini," katanya semasa ditemui media selepas taklimat perbarisan kepada Tun Musa Aman, pada Khamis.

Shamshor ketika ditemui media selepas memberikan taklimat perbarisan kepada Tun Musa.

Menurut beliau, raptai penuh diadakan pada 27 Mac dan bagi memastikan kelancaran program, beberapa jalan akan ditutup sementara sepanjang acara berlangsung antaranya Lorong Dewan serta Jalan Padang (dari gerbang Jalan Istana hingga hadapan King Park Hotel)./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos