Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

 Wartawan : Deonalissa Jekee Edin

Foto : Merusin Minuddin

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya berkata, pelbagai pembangunan telah dirancang bagi kawasan DUN Pantai Dalit antaranya melibatkan pembinaan Pekan Kecil Mengkabong.

 Jasnih (tengah) ketika ditemui media.

"Pembinaan ini sudah mendapat kelulusan dan terdapat sedikit proses dokumentasi yang perlu diselesaikan sebelum dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

"Selain itu, yang jelas kita telah dapat untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Pantai Dalit ini adalah tanah-tanah bagi membuka perkampungan baharu.

"Ini disediakan khusus kepada penduduk yang tidak mempunyai tapak rumah dan Ketua Menteri meluluskan sekitar 180 ekar tanah untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Pantai Dalit," katanya ketika ditemui media selepas sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Pantai Dalit di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg Lok Batik, pada Ahad.

Hajiji (tiga dari kiri) bersalaman bersama penduduk yang hadir diiringi Jasnih (kanan).

Menurut Jasnih, tapak rumah yang diagihkan membolehkan penduduk turut menerima dan merasa bantuan kerajaan seperti bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka berkenaan, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. berkata tujuan sambutan berkenaan adalah untuk bertemu dan bersama-sama dengan rakyat meraikan suasana hari raya.

"Sambutan hari ini merupakan yang julung kali diadakan memandangkan pada tahun lepas masih terdapat kekangan wabak Covid-19.

Hajiji menunjukkan tanda bagus sebelum berangkat balik.

"Saya juga berbesar hati atas kesudian Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk bersama-sama dalam sambutan pada hari ini," tambahnya.

Jasnih (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan yang bermula sejak jam 6.00 petang itu.

Hadir sama, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Comments

Popular posts from this blog

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri