Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri

Wartawan : Hamidah Len
Foto : Johny Joklis




KOTA KINABALU : Hasil dapatan Borneo International Guarana Conference (BIGC) 2024 akan diteliti dan dibawa ke peringkat kabinet Negeri Sabah untuk dibincangkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dr Jeffrey G. Kitingan berkata tanaman yang berasal dari Brazil itu dikaitkan dengan minuman, makanan dan mempunyai kualiti farmaseutikal serta nilai ekonomi yang tinggi.

Jeffrey (enam kanan) bergmbar kenangan di Gala Dinner BIGC 2024.

“Guarana boleh menjadi tanaman bernilai tinggi, satu alternatif yang membawa peningkatan ekonomi kepada masyarakat luar bandar Sabah, tetapi kita perlu mendekatinya secara bertanggungjawab.

“Kita mesti bersungguh-sungguh dalam penyelidikan kita, memastikan penanaman tumbuhan itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar kita tanpa mendatangkan kemudaratan," katanya semasa Persidangan BIGC 2024, pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan mengakui bahawa larangan menanam Guarana sememangnya wujud dan memerlukan penyelesaian.

Finalis Unduk Ngadau 2024 mempamerkan beberapa produk Guarana.

“Persidangan ini akan menyediakan platform untuk meneroka dan membincangkan isu-isu ini secara mendalam, kita perlu mengimbangi inovasi dengan amalan mampan, memastikan bahawa memperkenalkan Guarana di Sabah tidak menjejaskan biodiversiti pertanian kita atau mata pencarian petani kita," ujarnya pada persidangan yang berlangsung pertama kali di Asia dan diadakan dua hari bermula Selasa itu.

Program itu menghimpunkan pakar, penyelidik dan peneraju industri Guarana dari seluruh dunia serta dianjurkan oleh Cupana Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Star Sabah Berhad dan Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia.

CENDERAMATA...Jeffrey (kanan) menerima cenderamata daripada CEO Cupana Group, Andrew Ling.

Dalam pada itu, seramai 150 peserta Borneo International Guarana Conference (BIGC) 2024 diraikan dalam majlis makan malam yang turut diserikan dengan penampilan istimewa beberapa finalis Unduk Ngadau 2024 yang mempamerkan produk-produk Guarana keluaran Cupana Holdings Sdn. Bhd./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024