Pelajar Lepasan SPM Disaran Dapatkan Nasihat Guru Sebelum Mohon IPT-Arifin
Wartawan : Suzaima Ibrahim
Jurufoto : Jefren Malaning
KOTA KINABALU: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada guru-guru sebelum membuat permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pandangan guru penting bagi memastikan pelajar memilih laluan pengajian yang selari dengan keperluan pasaran kerja, termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Saya berharap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS dapat merujuk kepada guru masing-masing untuk mendapatkan nasihat. Guru-guru ini akan membantu mencadangkan pilihan terbaik yang sesuai dengan kehendak negeri ataupun negara serta pasaran kerja, termasuk bidang TVET," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Bersama Menteri KSTI, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Arifin turut menggesa pelajar yang mendapat tempat di IPTA atau IPTS supaya memohon bantuan kewangan melalui pelbagai skim yang disediakan kerajaan negeri.
![]() |
| Arifin (empat dari kanan) menjengah reruai gerai makanan yang menyediakan rojak buah-buahan. |
![]() |
| Arifin ketika ditemui media. |
Arifin menyampaikan penghargaan kepada rakan penaja sempena Majlis tersebut.![]() |
| Arifin menyampaikan penghargaan kepada rakan penaja sempena Majlis tersebut. |
![]() |
| Antara warga KSTI yang hadir memeriahkan majlis. |
![]() |
| Arifin (tengah) bersama Harun(dua dari kiri) dan Hanafiah(kiri) bergambar di sudut hiasan Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka KSTI. |
“Saya menyeru mereka untuk memohon Bantuan BUDI bagi golongan B40, iaitu sebanyak RM1,500 bagi peringkat diploma dan RM2,000 bagi peringkat ijazah.
"Selain itu, pelajar juga boleh memohon dermasiswa Yayasan Sabah, biasiswa Kerajaan Negeri serta tabung pendidikan lain yang disediakan di negeri ini," tambahnya.
Menurut beliau, kerajaan negeri komited menyediakan lebih banyak peruntukan untuk menaja anak-anak Sabah menerusi pelbagai inisiatif dermasiswa, biasiswa dan bantuan pendidikan lain.
“Dengan adanya pelbagai bantuan ini, tiada alasan bagi anak-anak golongan B40 dan E-Kasih untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Arifin memaklumkan, terdapat portal yang diwujudkan bersama Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, Tabung Pendidikan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Tugas-tugas Khas KSTI bagi menyelaras pemberian bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah.
Turut hadir, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Harun Durabi serta Setiausaha Tetap KSTI Sabah, Datuk Md. Hanafiah Md. Kassim./Penerangan-





Comments
Post a Comment