RISDA Pacu Getah Sabah Beri Bantuan Tengkujuh RM67 Juta, Perkenal Teknologi Baharu

 Wartawan        : Nazri Ramshah Basah

Jurufoto            : Volintine Jiloh

KOTA BELUD: Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memberikan bantuan musim Sabah bernilai kira-kira RM67 juta kepada lebih 80,000 pekebun kecil getah serta akan memperkenalkan teknologi baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata fokus utama kini adalah untuk merevolusikan industri getah melalui pengenalan teknologi penorehan getah yang baharu.

Zahid (empat dari kanan) menyampaikan bantuan kepada wakil penerima.

"Di samping memberikan bantuan kepada pekebun kecil, saya  menyarankan agar teknologi baru penorehan getah dapat diperkenalkan. Walaupun musim tengkujuh, getah-getah ini dapat dikeluarkan melalui teknologi yang baru ini.

“Pengenalan teknologi baharu ini dilihat sebagai langkah kritikal bagi mengatasi dua cabaran utama industri getah kekurangan tenaga kerja sedia ada serta generasi pekebun kecil yang semakin menua.
                                                                                  
“Dengan adanya kaedah penorehan berteknologi, pekebun tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga kudrat semata-mata, sekali gus memastikan kelangsungan hasil,” katanya pada media selepas merasmikan Program RISDA Madani (PRISMA) Sabah 2025.

Onsoi..Zahid bergambar bersama tetamu yang hadir sambil menunjukkan "thumbs up".

Beliau turut berkata pada masa ini untuk memperkukuh industri getah negara, tumpuan turut diberikan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import getah lateks.

“Antara langkah-langkah yang akan diambil membina depot-depot baharu bagi pengeluaran getah lateks, dengan sasaran sekurang-kurangnya satu di setiap daerah dengan pengenalan teknologi dan kepakaran baharu.

Zahid melawat reruai yang dibuka di kawasan majlis berlangsung.

“Kita mengharapkan agar pengeluaran getah lateks tempatan dapat ditingkatkan secara progresif bagi mengurangkan import, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah lateks pada masa depan,” ujarnya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata RISDA diamanahkan bagi memastikan getah asli kekal menjadi bahan utama untuk industri tertentu namun usaha ini memerlukan kerjasama strategik dengan pakar untuk menghasilkan keluaran bahan yang berdaya saing.

Zahid melawat reruai yang dibuka di kawasan majlis berlangsung.

“RISDA telah berkolaborasi dengan para pengkaji dan universiti bagi mengkomersialkan peralatan penorehan moden yang kini berada di peringkat percubaan,” tambah beliau.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyempurnakan perasmian logo baharu RISDA dan berharap RISDA, dapat meletakkan Malaysia sebagai pengeluar getah ternama di dunia./Penerangan

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah