Shearil Aizat Bantu Papar Raih Tiga Emas Acara Ping Pong

Wartawan: Bustan Made Aming
Foto: Mohd Sazwan Roslan




TAWAU: Atlet Papar, Mohammad Shearil Aizat Ahmad menjadi pemain terbaik acara Ping Pong SAGA XI turut membantu Papar menang tiga emas daripada keseluruhan tujuh pingat emas yang dipertandingkan. 

Kontinjen Papar mengutip emas dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan juga acara berpasukan lelaki yang diadakan di Dewan SJK (C) Sin Hwa, pada Rabu.

Dalam acara perseorangan lelaki, Shearil cemerlang menundukkan pemain tuan rumah Tawau, Fung Jia Kang yang terpakas berpuas hati dengan pingat perak manakala atlet Ranau, Mohammad Zamil Najih dan Wong Ming Chen (Sandakan) pingat gangsa.



Acara perseorangan lelaki, Shearil (tengah) menang emas manakala perak milik Fung Jia Kang (dua dari kiri) dan gangsa diraih oleh Zamil (dua dari kanan) dan Wong Ming Chen (kanan).



Shearil (kanan) menerima hadiah sebagai pemain terbaik acara ping pong SAGA XI.



Dalam acara beregu lelaki, Shearil yang berpasangan dengan Muhammad Izzuddin Sainin menang emas selepas mengalahkan beregu Sandakan, Wong Ming Chen dan Enoch Wong Le Yi di tempat kedua sementara Beaufort yang menampilkan pasangan adik beradik Voo Zheng Yan dan Voo Zheng Zhe dan satu lagi beregu Papar Ahmad Syuib Afendi dan Muhammad Alham mendapat gangsa bersama.

Bersama Pasukan Papar, Shearil terus unggul membantu pasukan memenangi emas mengalahkan kontinjen Kota Kinabalu sebagai naib johan dan gangsa bersama di menangi oleh Sandakan dan Penampang.  



Para pemenang acara beregu lelaki merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.




Para pemenang acara berpasukan wanita merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.



Para pemenang acara berpasukan lelaki merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.



Sukan ping pong menutup gelanggang hari ini dengan dua lagi pingat emas milik Sandakan melalui acara beregu wanita dan perseorangan wanita dan masing-masing Kota Kinabalu dan Tawau membawa pulang satu emas dalam acara berpasukan wanita dan beregu campuran./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah