eKYC Media Sosial Dilaksana Sebelum Suku Kedua 2026 – Fahmi
Jurufoto : Shahvian Mohd Razali
KOTA MARUDU: Pelaksanaan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) bagi semua platform media sosial di negara ini dijangka dilaksanakan sebelum penghujung suku kedua 2026.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu merangkumi proses pembukaan akaun baharu serta mekanisme penyaringan bagi menghalang pengguna bawah 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial.
![]() |
| Fahmi (tengah) ketika bergambar kenangan bersama dalam program tersebut. |
![]() |
| Fahmi ketika melawat reruai pameran dalam program tersebut. |
![]() |
| Pegawai Penerangan Daerah Kota Marudu, Sylvia Jocylena Sumping (dua dari kiri) ketika menerangkan sesuatu kepada Fahmi (kiri). |
![]() |
| Fahmi ketika melawat reruai pameran dalam program tersebut. |
![]() |
| Fahmi (kiri) ketika melawat pusat NADI di Simpang Tiga Langkon. |
![]() |
| KENANGAN...Fahmi (lima dari kanan) ketika bergambar kenangan bersama semasa membuat lawatan ke PPD Kota Marudu. |
Menurut beliau, MCMC juga diminta meneliti mekanisme Australia yang membekukan akaun kanak-kanak bawah 16 tahun sehingga mereka mencapai usia yang dibenarkan.
“Sekiranya seorang kanak-kanak bawah 16 tahun mempunyai akaun media sosial, akaun itu akan dibekukan. Apabila mereka mencapai umur 16 tahun, akses dipulihkan tanpa memadamkan data atau video,” ujarnya.
Selain itu, dokumen pengenalan diri seperti MyKad, pasport atau MyDigital akan digunakan dalam proses eKYC sebagai langkah pengesahan identiti sekali gus melindungi pengguna bawah umur serta membantu membanteras aktiviti penipuan dan judi dalam talian.
“Banyak scammer dan judi online menggunakan akaun palsu. Melalui eKYC, kita mahu memastikan identiti sebenar pengguna dapat dikesan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Sabah kini mempunyai 131 pusat NADI menjadikannya negeri kedua terbanyak selepas Sarawak yang mempunyai 156 pusat NADI./Penerangan-






Comments
Post a Comment