JPANS Tingkat Integriti Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015, ABMS 37001:2025
Wartawan : Hamidah Len
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan/Norazuwan Mohd Yussof
KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) kini berusaha mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS 37001:2025) secara bersepadu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata penjawat awam perlu sentiasa berdisiplin dan berintegriti kerana perkhidmatan awam mesti terus diperkasa bagi menjamin sistem penyampaian yang efektif dan efisien secara berterusan.
"Usaha mendapatkan pensijilan berkenaan merupakan langkah strategik untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta menzahirkan komitmen kerajaan negeri terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan serta pentadbiran.
![]() |
| Hajiji ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam persekutuan dan negeri. |
![]() |
| Hajiji ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam persekutuan dan negeri. |
![]() |
| Hajiji (kanan) ketika tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu. |
![]() |
| Sebahagian penjawat awam yang hadir mendengar amanat Hajiji. |
![]() |
| Hajiji (tiga dari kiri) ketika acara bacaan doa. |
![]() |
| Hajiji (duduk depan, tengah) ketika Majlis Amanat Ketua Menteri Sabah Kepada Penjawat Awam Di Negeri Sabah dan Pelancaran SMJ 2.0. |
![]() |
| Hajiji (tengah) memegang Buku Hala Tuju Sabah Maju Jaya Pelan Pembangunan SMJ2.0. |
“Kerajaan negeri komited untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang lebih kemas, tersusun dan berdisiplin. Perlakuan tidak berintegriti bukan sahaja mencemarkan nama baik individu, malah memberi kesan besar kepada keluarga, institusi yang diwakili serta boleh mengakibatkan kerugian besar kepada negeri dan negara.
“Seruan ini bukan sahaja ditujukan kepada agensi perkhidmatan awam, malah turut melibatkan semua kakitangan Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya ketika Majlis Amanat Ketua Menteri Sabah Kepada Penjawat Awam Di Negeri Sabah dan Pelancaran SMJ 2.0, pada Jumaat.
Di samping itu, Hajiji menegaskan penjawat awam adalah rakan strategik kepada kepimpinan kerajaan dengan menterjemahkan dasar dan program kepada hasil yang memberi impak langsung terhadap kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.
“Perkhidmatan awam juga tulang belakang kepada kestabilan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan. Kerajaan boleh bertukar ganti dan dasar boleh berubah, namun perkhidmatan awam mesti kekal profesional, neutral serta berorientasikan rakyat,” ujarnya.
Beliau juga mengingatkan sekiranya mana-mana kakitangan awam negeri yang merasakan tidak mampu melaksanakan sesuatu pertugasan dengan berkesan, agar memaklumkan pihak atasan bagi pertimbangan penempatan semula demi kepentingan rakyat./Penerangan-







Comments
Post a Comment