JPSM Disaran Pertimbangkan Bina Pusat Latihan Pertanian di Beluran

Wartawan/Foto: Zuraidah Ahmad


BELURAN: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) disaran mempertimbangkan pembinaan pusat latihan tanaman menggunakan teknologi sebagai hab latihan dan pembangunan kemahiran di daerah ini.


Samad ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026.


Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri berkata langkah itu penting dalam meningkatkan kemahiran serta taraf ekonomi masyarakat setempat khususnya golongan B40 bagi jangka masa panjang.

"Sekiranya pihak JPSM dapat melaksanakan di daerah Beluran in,i sama ada membina pusat-pusat latihan dan sebagainya, kita menyambut baik dan kita akan memberikan sokongan sepenuhnya," ujarnya.


 SIJIL...Samad menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta kursus, Siti Khatijah Malange. 


Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026 di sini, pada Ahad.


Para peserta Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026.


Kursus 10 hari tersebut dikendalikan oleh JPSM dengan kerjasama Global Skill Hub (GSH) dan disertai 20 peserta belia B40 dari daerah Beluran.

Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk menjelaskan, pembinaan pusat latihan itu amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan kemahiran dijalankan secara berterusan, lebih tersusun dan memudahkan penyertaan masyarakat tanpa perlu ke daerah lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan kursus berasaskan teknologi moden seperti Smart Farming IoT dengan menggabungkan sektor pertanian dan penggunaan teknologi digital seterusnya menjadikan Beluran sebagai daerah pertama pelaksanaannya.  

"Ini memberikan satu kelainan dan impak baharu kepada para petani khususnya para peserta kursus dan diharapkan mereka boleh aplikasikan pertanian dengan teknologi lebih moden.  

"Saya juga melihat perkara ini sangat baik untuk kita terus kembangkan, apalagi ianya dilaksanakan dengan mengambil tumpuan sasaran kepada golongan B40 dan juga petani di luar bandar khususnya program ini akan boleh menambah baik dan boleh menambah ekonomi mereka di masa akan datang," katanya.




Samad (tengah) ketika melawat ke tapak tanaman smart farming IoT di Beluran.



KENANGAN...Samad (enam dari kanan, belakang), Shafaruddin (lima dari kanan, belakang) dan Kamsiah (lapan dari kiri, belakang) bergambar kenangan bersama para peserta kursus di tapak tanaman.


Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap 2 mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Shafaruddin Halide; Pengarah JPSM Kamsiah Ibrahim; Pegawai Daerah Roger Appolonius; Ketua Polis Daerah Superintenden Hassan Majid dan Pengarah GSH Datuk Haryaty Hamdzah./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah