NRES Fokus Operasi Bersepadu Kazanah Di Hutan Simpan Sabah

Wartawan    : Hamidah Len
Jurufoto        : 
Jeffren Malaning


KOTA KINABALU : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memfokuskan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di hutan simpan Sabah khususnya di kawasan sempadan bagi memastikan khazanah alam semula jadi negeri terus terpelihara daripada ancaman pemburuan haram dan pencerobohan.

Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan melalui kerjasama agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.


Arthur (dua dari kiri) ketika ditemui media.

Arthur (dua dari kiri) ketika ditemui media.

Tun Musa (kanan) ketika menerima kunjungan hormat daripada NRES.

 Tun Musa (enam dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Arthur.


"Usaha konservasi turut diperkukuh melalui penambahan kawasan hutan simpan kekal di Heart of Borneo (HoB), di mana Sabah merupakan antara pemegang terbesar dengan hampir empat juta hektar kawasan hutan simpan. 

"Sabah juga mencatat bilangan pelantikan Renjer Komuniti paling tinggi di negara ini dengan 225 orang pelantikan sepanjang tahun 2026, dengan tambahan 15 lagi pelantikan menerusi peruntukan tambahan yang akan saya luluskan," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Isnin.

Menurut Arthur, kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan pengurusan tertinggi NRES kepada Tun Musa selain memaklumkan beberapa inisiatif dan program utama kementerian untuk negeri Sabah.

"Pertama adalah perkembangan pembinaan Mini Kompleks NRES yang akan menyediakan ruang pejabat yang tetap kepada beberapa jabatan utama di bawah kementerian.

"Selain itu, penyerahan watikah Renjer Komuniti bagi membantu mempertahankan serta memastikan kawasan hutan simpan terus dipelihara dan diurus dengan baik," ujarnya./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah