RM8.46 Juta Lantik 225 Renjer Komuniti Sabah Banteras Jenayah Hutan-Arthur

Wartawan: Sam Masibu
Foto: Pejabat Penerangan Daerah Nabawan



NABAWAN : Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas RM8.46 juta untuk melantik 225 Renjer Komuniti di Sabah sepanjang tahun 2026 sebagai langkah membanteras jenayah hutan dan mengelakkan kehilangan spesies ikonik.



Arthur (empat dari kanan) merasmikan majlis. 



Arthur tengah (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu khas. 



Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Arthur Joseph Kurup berkata pelantikan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM80 juta Belanjawan 2026 bagi melantik 2,500 Renjer Komuniti seluruh negara di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3).

"Tindakan luar biasa perlu diambil segera kerana ancaman terhadap biodiversiti negara semakin serius akibat pencerobohan, pembalakan serta pemburuan haram.

"Peranan Renjer Komuniti adalah sangat kritikal dalam memerangi ancaman terhadap biodiversiti negara.

"Kemahiran mereka dalam selok-belok hutan membantu pihak berkuasa membanteras pencerobohan, pembalakan haram dan pemburuan haram," katanya.


 Arthur (dua dari kiri) ketika ditemui media. 


Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Watikah Renjer Komuniti dan Flag-Off Operasi Bersepadu Khazanah Peringkat Negeri Sabah di Dewan Terbuka Nabawan, pada Sabtu.

Menurut Arthur, 243 Renjer Komuniti Sabah ditempatkan di 18 pos rondaan kawasan strategik termasuk Keningau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Tawau, Tenom dan Sipitang. 

"Selain itu, salah satu inovasi terkini ialah penubuhan pasukan SMART Analyst yang terdiri daripada Renjer Komuniti wanita untuk mengurus data hotspot jenayah hutan secara komprehensif," ujarnya.

Arthur juga mengumumkan peruntukan tambahan bagi melantik 15 Renjer Komuniti khusus untuk kawasan Pagalungan dan Pensiangan selari dengan penambahan 780 hektar Hutan Simpan di Nabawan hasil persetujuan sempadan Malaysia-Indonesia.  



Arthur (dua dari kiri) melepaskan simbolik flag-off operasi bersepadu khazanah. 



Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd. Sainal; Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd. Soffian Abu Bakar; Pegawai Daerah, Marshall Anthony; Timbalan Komander Zon Barat Briged Sabah, Ijid Binju dan Timbalan Setiausaha Tetap Bahagian Pengurusan Biodiversiti, Dr. Khairul Naim Adham./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah