Sabah, Universiti Al-Azhar Rintis Program Universiti Berkembar
Wartawan : Hamidah Len
Foto : Merusin Minuddin
KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merintis usaha strategik program universiti berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata usaha tersebut dicapai hasil lawatan rasmi delegasi Sabah ke Kaherah baru-baru ini dan Sabah antara yang terawal mendapat peluang hasil hubungan baik dengan Universiti Al-Azhar.

| Arifin ketika berucap di Program Konvensyen Al-Quran Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah. |
"Universiti berkenaan menyatakan persetujuan melaksanakan program tersebut merangkumi bidang perubatan,Usuluddin, Syariah, dakwah, Dirasat Islami Awal Arabia, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
"Jawatankuasa Susulan akan dipengerusikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar," ujarnya semasa Program Konvensyen Al-Quran Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di sini, pada Selasa.

Arifin yang juga Exco Agama memaklumkan Universiti Al-Azhar juga bersetuju menerima pegawai agama, pendakwah dan pegawai berkaitan dari Sabah untuk mengikuti program latihan dan kefahaman Islam dalam tempoh beberapa minggu atau bulan di Kaherah.
"Sasaran awal kerjasama ini adalah untuk merealisasikan sekurang-kurangnya dua daripada tiga inisiatif utama yang dipersetujui dalam tempoh setahun selaras dengan hasrat memperkukuh jaringan pendidikan Islam Sabah di peringkat antarabangsa.

"Di samping itu, beberapa permuafakatan penting dipersetujui termasuk kesediaan Universiti Al-Azhar menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari Sabah.
"Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di Ma'ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar iaitu asrama antarabangsa universiti yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai negara yang dapat membantu penguasaan bahasa Arab dan kefahaman budaya Islam antarabangsa," katanya pada majlis yang dihadiri 1,000 individu itu.
Secara purata, Sabah menghantar lebih 50 pelajar setahun melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dengan pelbagai sokongan dan bantuan pendidikan daripada kerajaan negeri.
Kerajaan Sabah menyifatkan peluang kerjasama itu sebagai satu pencapaian bermakna yang sukar diperoleh dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi pembangunan pendidikan serta agama./Penerangan-
Comments
Post a Comment