Tun Musa Aman Berlepas ke KL Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-271

Wartawan    : Abdu Azmie Mohd Ibrahim
Jurufoto        : 
Merusin Maruddin

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-271.

Beliau berlepas menaiki pesawat khas dari Balai Kenamaan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 11.50 pagi.


Tun Musa (empat dari kanan) memberikan tabik hormat kepada anggota polis yang bertugas.

Tun Musa (dua dari kanan) bersalaman dengan Arifin (tiga dari kiri) sejurus tiba di Balai Kenamaan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA).

Upacara bacaan doa selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu Jaafar (dua dari kiri).


Tun Musa dijangka menghadiri mesyuarat tersebut yang akan bersidang di Istana Negara pada 11 sehingga 12 Februari ini.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah