Posts

Kerajaan Komited Laksana Pembangunan Menyeluruh - Hajiji

Image
Wartawan : Nurfatin Mohamed Yunus Foto : Azman Jumat/Norazuwan Mohd Yusof/Volintine Jiloh KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata usaha berkenaan merangkumi pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Tun Musa (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama kek ulang tahun. "Ini termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat. "Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pad...

Pembangunan Infrastruktur, Ekonomi Jadi Keutamaan Sabah - Tun Musa

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Shahvian Mohd Razali/Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Pembangunan infrastruktur dan pengukuhan ekonomi terus menjadi keutamaan dalam usaha memacu kemajuan Sabah secara menyeluruh.  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini negeri Sabah memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor ekonomi, pelaburan dan pembangunan infrastruktur.  "Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memperkukuh asas ekonomi negeri melalui pemerkasaan sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian serta ekonomi berasaskan sumber.  "Usaha menarik pelaburan domestik dan asing turut dipergiatkan demi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan yang mampan.  "Pembangunan infrastruktur asas yang meliputi pembinaan dan penaiktarafan jalan raya, sistem bekalan air bersih serta kemudahan bekalan elektrik yang stabil harus diberikan penekanan. "Usaha ini amat penting...

Jabatan Perhutanan Sabah Pertahan Gelaran Johan

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Volintine Jiloh/Jeffren Malaning/Vicky S. Matanjang KOTA KINABALU :  Kontinjen perbarisan Jabatan Perhutanan Sabah sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini. Kejayaan itu mengekalkan reputasi jabatan berkenaan sebagai antara kontinjen terbaik dalam kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi. JOHAN... Arsiman (empat dari kanan) mewakili Jabatan Perhutanan Sabah menerima piala kemenangan pasukan yang diserahkan Sabin (lima dari kanan). Ketua pasukan, Arsiman Shah Durahman, berkata kemenangan itu hasil disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang ditunjukkan sepanjang latihan kawad kaki. “Pertama sekali, kami bersyukur kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam kategori ini dan seluruh pasukan amat gembira dengan pencapaian ini. “Walaupun hanya menjalani latihan kawad kaki selama tiga ha...

5,000 Hadir Meriahkan Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Vicky S. Matanjang/Mohd Shahvian Razali KOTA KINABALU :  Kira-kira 5,000 orang menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, pada Isnin. Acara bermula seawal jam 6.30 pagi dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan, didahului kategori sekolah rendah, diikuti sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik Sabah, agensi swasta dan badan berkanun, jabatan kerajaan tanpa pakaian seragam rasmi serta jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi. Tun Musa ketika memeriksa kontinjen perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat. Ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin pada jam 8 pagi disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag. Sejurus lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan, istiadat diterusk...

Ketua Hakim, Ketua Polis Negara Dahului Senarai Penerima Pingat

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Merusin Minuddin/Mohd Shahvian Razali KOTA KINABALU : Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Panglima Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Panglima Mohd Khalid Ismail mendahului senarai 90 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah. Wan Ahmad dan Mohd Khalid menerima darjah kebesaran tertinggi, Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin. Tun Musa (kanan) memakaikan selempang S.P.D.K kepada Wan Ahmad (kiri).  Sementara itu, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris mendahului senarai 33 penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) disusuli ...

Tiada Asas Hidupkan Semula Tuntutan Manila ke Atas Sabah – Hajiji

Image
 Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus  Foto :   Johny George Kimlon / Vicky Sylvester Matanjang / Johny Joklis KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan tiada asas untuk Manila menghidupkan semula tuntutan ke atas Sabah. Beliau berkata, Sabah merupakan sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan perkara itu tidak seharusnya dipertikaikan. Hajiji ketika ditemui media. "Tidak perlu menjadikan perkara ini isu atau menggunakan krisis semasa untuk menghidupkan semula tuntutan lama,” katanya. ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri, pada Sabtu. Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin; Juliah (tengah) semasa menyampaikan sumbangan duit raya. Dalam pada itu, Hajiji turut berharap agar rakyat terus hidup dalam keadaan harmoni dan aman. “Harapan kami agar semua orang hidup dalam keharmonian su...

Sambutan Aidilfitri Anjuran Kerajaan Negeri Tarik Kehadiran Melebihi Jangkaan

Image
Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus  Foto :   Johny George Kimlon / Johny Joklis / Vicky Sylvester Matanjang  KOTA KINABALU:  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Kerajaan Negeri Sabah  mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran melebihi jangkaan. Ketibaan Tun Musa di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2026. Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata orang ramai mula membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seawal jam 8 pagi. Arifin ketika ditemui media. “Kehadiran amat memberangsangkan dan kita bersyukur kerana sambutan ini dapat menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. SUASANA..Hajiji semasa menyampaikan sumbangan duit raya. “Inilah wadah perpaduan yang kita harapkan dapat dicapai melalui sambutan Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan, pada Sabtu. SUASANA semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri berlangs...