Kerajaan Tingkatkan Pendigitalan Maksimum Potensi Ekonomi Sabah - Arifin
Wartawan : Zuraidah Ahmad
Foto : Johny George Kimlon
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata usaha tersebut dilaksana dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti serta pertumbuhan dalam bidang berkenaan.
Arifin (kiri) ketika berucap merasmikan seminar terbabit. |
"Perkhidmatan Awam Negeri Sabah masa kini memerlukan penjawat awam yang mampu berfikir ke hadapan, berpandangan jauh, memiliki budaya kesegeraan, perkhidmatan berasaskan keberhasilan, kualiti dan produktiviti dengan disulami nilai integriti dan profesionalisme.
"Sebagai sebuah negeri yang mendokong dan menyokong penggunaan ICT, kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan penyediaan prasarana serta infrastruktur ICT yang lebih mantap agar kesemua aktiviti yang melibatkan keperluan internet berkelajuan tinggi dapat dilaksanakan.
"Semua agensi negeri perlu memastikantransformasiperkhidm atan awam negeri perlu berlaku dengan melaksanakan transformasi digital bagi perkhidmatan utama yang mana melibatkan urusan dengan rakyat," ujar beliau.
Menurut Arifin, kepantasan perkhidmatan secara online turut mempengaruhi perkhidmatan berprestasi tinggi justeru, perkhidmatan awam negeri hendaklah berubah secara fast forward dengan membangunkan dan membudayakan kaedah perkhidmatan ICT berasaskan internet dan perkhidmatan atas talian.
"Rakyat masa kini memerlukan perkhidmatan pantas, sebaiknya tidak perlu datang secara fizikal ke pejabat semata-mata untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan, sebaliknya menggunakan aplikasi online yang disediakan agensi pada bila-bila masa," katanya.
Selain itu, beliau juga menyarankan agar perkhidmatan kaunter harus dikurangkan dan digantikan dengan kiosk ataupun mempertingkatkan perkhidmatan online.
"Tempoh masa untuk membuat transaksi bayaran secara dalam talian kepada rakyat dan entiti bisnes perlu disingkatkan manakala penerimaan bayaran secara dalam talian hendaklah direalisasikan dengan segera tanpa melanggar sebarang Arahan Perbendaharaan. Kesemua ini dapat dilaksanakan dengan penggunaan ICT," jelasnya.
Arifin turut mengingatkan supaya golongan penjawat awam bersedia melengkapkan diri dengan meningkatkan kefahaman dan kemahiran ICT sebagai prasyarat kepada perkhidmatan awam berprestasi tinggi.
Majlis Daerah Kuala Penyu yang diwakili Pegawai Eksekutif, John Genchit menerima Anugera |
"Kecanggihan teknologi dalam menjaga dan mengukuhkan keselamatan ICT perkhidmatan awam dalam dunia siber perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar keselamatan maklumat digital kerajaan sentiasa pada tahap yang maksimum.
"Pendigitalan Kerajaan Negeri tidak akan lengkap sekiranya isu keselamatan siber tidak dititikberatkan jadi, kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan SabahNet sentiasa memastikan isu-isu berkaitan keselamatan siber sentiasa menjadi keutamaan.
"Namun demikian, perlu diingatkan bahawa elemen yang paling lemah dalam ekosistem keselamatan siber adalah manusia.
"Justeru, sebagai pengguna kita harus peka dengan ancaman keselamatan siber yang ada dan berterusan mendapatkan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan agar tidak tertipu dan menjadi mangsa keselamatan siber dengan taktik-taktik terkini yang digunakan oleh para scammer dan pembuli siber ini," katanya ketika berucap merasmikan Seminar ICT Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Bawah, di sini.
Seminar yang bertemakan “Pendigitalan Perkhidmatan Awam: Nadi Kesejahteraan Rakyat" itu disertai oleh para pegawai dari lima buah daerah iaitu Beaufort, Membakut, Sipitang, Daerah Kecil Menumbok dan Labuan.
Tambah beliau, penganjuran seminar berkenaan secara tidak langsung berupaya memperlihatkan komitmen JPKN dalam melaksanakan usaha pembudayaan dan pemerkasaan ICT di dalam pendigitalan Perkhidmatan Awam Negeri yang melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
"Perkembangan ICT semasa kini memberi satu peringatan awal bahawa semua penjawat awam perlu peka dengan perkembangan semasa yang pantas dan sering berubah-ubah iaitu kita semua hendaklah segera mengadaptasi dengan perubahan tersebut agar terus relevan dengan persekitaran.
"Justeru, seminar ICT pada tahun ini akan memberi gambaran jelas mengenai perkembangan ICT masa kini yang telah memasuki era teknologi digital," dedah beliau.
Hadir sama, Setiausaha Tetap KSTI Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Ernywati Dewi Abas, Pegawai Daerah Mohd Nazri Ajun dan Ketua Cawangan Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriWilayah Pedalaman Bawah Mohd Rozlan Jaafar merangkap Pengerusi Penganjur Seminar ICT Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Bawah Tahun 2024.
Pada majlis itu, Arifin menyampaikan Anugerah Penerapan dan Pembudayaan ICT Terbaik Kategori Pejabat Daerah kepada Pejabat Daerah Membakut, Anugerah Penerapan dan Pembudayaan ICT Terbaik Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah Beaufort), Anugerah Penerapan dan Pembudayaan ICT Terbaik Kategori Jabatan dan Agensi (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah), Anugerah Chief Digital Officer (CDO) Paling Aktif (Roslee Sumin dari Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah) dan Anugerah Laman Web Terbaik (Majlis Daerah Kuala Penyu)./Penerangan-
Comments
Post a Comment