12 Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah Terima Watikah Pelantikan

 Wartawan    : Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto        :  Volintine Jiloh


KOTA KINABALU:  Seramai 12 individu menerima watikah pelantikan sebagai Ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah bagi sesi 2024 hingga 2026 daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. 

Ariffin (tengah) membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar (kanan).


Dg. Hafizah menerima watikah pelantikan daripada Tun Juhar (kanan).

Dalam jawatankuasa itu, terdapat tujuh muka baharu termasuk seorang wanita dan lima ahli dikekalkan dalam Majlis Fatwa Negeri Sabah yang diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata ahli-ahli yang dilantik mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti agama, syariah dan juga aqidah.

Manap (kanan) ketika menerima watikah daripada Tun Juhar.

KENANGAN...Tun Juhar bersama Ariffin (kiri, depan), Bungsu (kanan, depan) serta Ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah.


Ariffin ketika ditemui media.

“Gabungan ahli lama dan baharu yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran akan dapat membantu mufti dalam memberikan panduan, hukum serta nasihat kepada Kerajaan Negeri Sabah terhadap sesuatu perkara” 

“Pada masa ini, pihak jawatankuasa merancang untuk menghimpun, mendokumentasi serta menerbitkan fatwa yang sudah diirsyadkan sebagai rujukan dan tatapan meskipun masyarakat boleh merujuk di laman sesawang Pejabat Mufti bagi membuat semakan,” katanya kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jumain Jikah @ Abdul Ghani serta Timbalan Mufti Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri