Kunjungan Hormat Panglima Tentera Laut Malaysia

 Wartawan    : Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto        : Volintine Jiloh


KOTA KINABALU:   Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Abdul Rahman (kiri) membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar.

Ruzelme (kiri) turut serta dalam kunjungan hormat tersebut.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu hari ini bertujuan untuk menzahirkan pemakluman secara rasmi kepada Tun Juhar berkaitan persaraannya pada 1 Disember depan.

Abdul Rahman yang dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Malaysia pada 27 Januari 2023 dijangka membuat penyerahan tugas pada 1 Ogos ini kepada penggantinya.


Abdul Rahman (dua dari kiri) menerangkan konsep lukisan kepada Juhar (dua dari kanan).

Juhar (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Abdul Rahman (dua dari kiri) serta rombongan.


Abdul Rahman (kiri) dan Khir Junaidi (kanan) ketika ditemui media.

Ketika ditemui media, beliau turut memaklumkan bahawa tahap keselamatan kawasan perairan negeri Sabah dalam keadaan terkawal dan baik serta Tentera Laut akan sentiasa memastikan aset-aset yang ada dapat melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah.

Dalam kunjungan tersebut, beliau diiringi oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Dato’ Khir Junaidi Idris./Penerangan- 

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri