18 Kek Dipersembahkan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 TYT Sabah

Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Foto : Volintine Jiloh



KOTA KINABALU : Sebanyak 18 kek dipersembahkan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. 

Tun Juhar ketika menyampaikan ucapan ringkas.

Dalam ucapannya, Tun Juhar  menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas usaha semua pihak yang terlibat menghasilkan pelbagai jenis kek bertemakan hobi dan perkara-perkara yang beliau minati antaranya motosikal berkuasa tinggi.

Kesemua kek tersebut akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim dan pusat kebajikan di sekitar Kota Kinabalu.

Hadir menyerikan majlis persembahan kek di Istana Seri Kinabalu ialah Isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Mencuri tumpuan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah, kek menyerupai motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang dihasilkan oleh Sutera Harbour Resort and Spa.

Tun Juhar bersama rombongan Sutera Harbour.
Kek yang menarik perhatian Tun Juhar menjadi tumpuan semasa majlis.

Kek bertemakan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson


Menurut Chef Pastri, Kee Roesdyen, 45, kek seberat 150 kilogram itu disiapkan dalam masa 16 hari bersama-sama pembantu beliau.

Tun Juhar memotong kek yang dipersembahkan.

Selain itu, penyertaan kali pertama Hotel Raia dalam persembahan kek mendapat pujian daripada Tun Juhar kerana mempersembahkan tema nostalgia dengan memperagakan barang-barang antik seperti radio dan seterika arang dalam rekaan kek.

Tidak ketinggalan mempersembahkan kek ialah pasukan keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Pangkalan Tentera Laut Diraja.

Sebahagian agensi kerajaan dan swasta yang turut sama dalam majlis penyerahan kek.

Sebahagian agensi kerajaan dan swasta yang turut sama dalam majlis penyerahan kek.

Turut mempersembahkan kek antaranya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dreamtel Kota Kinabalu,Hyatt Regency Hotel dan The Palace Hotel Kota Kinabalu./Penerangan-





Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri