Penglibatan PAC Sabah Perlu Dalam Prosiding - Mas Ermieyati

Wartawan : Zuraidah Ahmad
Foto : Dewan Undangan Negeri Sabah



KOTA KINABALU:    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berharap PAC Negeri Sabah dapat terlibat dalam sebarang prosiding yang dilaksanakan di negeri ini.

Mas Ermieyati menandatangani Buku Lawatan DUN Sabah sambil diperhatikan oleh Kadzim (kanan).

Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya telah melengkapkan beberapa prodising dan tinjauan di beberapa tapak projek berkaitan bekalan air Sabah menerusi lawatannya ke Sabah susulan beberapa projek terbabit disebut dan disenaraikan antara projek bermasalah dalam Laporan Audit Negara, baru-baru ini.

"Kita bukan setakat melawat tempat yang berkaitan dan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara tetapi kita juga pergi melawat beberapa tempat yang kita mendengar keluhan secara terus dengan pemimpin tempatan.

"Kita juga melaksanakan dua prosiding di Kota Kinabalu yang pertamanya dengan pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan keduanya dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

"Saya nyatakan kali pertama kita buat pembaharuan dalam PAC Parlimen Malaysia yang mana kita minta PAC Negeri Sabah untuk bersama-sama turut terlibat bukan setakat mendengar tetapi juga mengambil bahagian dalam prosiding tersebut.

"Ini sebahagian daripada usaha kita untuk memperkasakan lagi peranan PAC Parlimen dan juga PAC Sabah," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke DUN Sabah, pada Khamis. 

Abdul Ghani (kiri) dan Mas Ermieyati (dua dari kiri) serta rombongan ketika mengadakan perbincangan.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut merakamkan penghargaan terhadap PAC Sabah yang disifatkan beliau amat komited dan memberi kerjasama yang baik terhadap pihaknya.

CENDERAMATA...Mas Ermieyati mengetuai PAC Parlimen menyampaikan cenderamata kepada Kadzim diiringi oleh Al Hambra (dua dari kiri) dan Rafidah (kiri).

"Saya difahamkan kemudian baru ada sesi ruangan untuk bersama PAC Sabah dan saya amat menghargainya.

"Saya yakin dan percaya apa jua yang telah kita kongsikan tadi melalui sesi dua hala, banyak penambahbaikan serta cadangan daripada PAC Negeri Sabah yang boleh kita bawakan untuk kita laksanakan bagi perkasakan lagi peranan pusat dan negeri," ujar beliau.

KENANGAN...Mas Ermieyati (tujuh dari kanan) dan (tujuh dari kiri) merakamkan gambar kenangan semasa lawatan PAC Parlimen di DUN Sabah.

Hadir sama, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Timbalan Speaker, Datuk Al Hambra Juhar; Setiausaha, Rafidah Maqbool Rahman; Pengerusi PAC Negeri Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin serta ahli-ahli jawatankuasa, Peto Galim, Datuk Hassan A Gani Pg Amir dan Datuk Mokran Ingkat./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri