207 Penerima Terima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sabah
Wartawan : Bustan Made Aming
Jurufoto : Johny Joklis/ Mohd Rizal Matasan
KOTA KINABALU : Sesi keempat Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin menyaksikan 207 individu menerima kurniaan.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran "Datuk" kepada Pengarang Berita Kanan Kumpulan Media STAR Malaysia, Datuk Philip Golingai.
Manakala, salah seorang daripada tiga penerima yang menerima Watikah Pelantikan Jaksa Pendamai ialah ahli perniagaan, Juddy Chu Yen Tien.
Tun Juhar (kiri) dan Toh Puan Norlidah (kanan) menadah tangan ketika doa dibacakan. |
Juddy (kiri) menerima Watikah Pelantikan J.P daripada Tun Juhar (kanan). |
SUASANA... Majlis Istiadat Pengurniaan tersebut. |
SUASANA... Majlis Istiadat Pengurniaan tersebut. |
Tun Juhar (kanan) bersalaman dengan Mackey (kiri) selepas menyampaikan anugerah A.S.D.K. |
Senarai penerima bagi penganugerahan Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K) antaranya ialah Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Mackey Apison dan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Saat Durasit.
Selain itu, Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), SAC Mohd Nasaruddin M Nasir dan Presiden Majlis Belia Sabah, Abqree Fawwaz Abekan juga antara 21 individu yang menerima A.S.D.K.
Philip (kiri) menerima anugerah P.G.D.K yang disampaikan oleh Tun Juhar (kanan). |
Nasaruddin (kiri) menerima anugerah A.S.D.K daripada Tun Juhar (kanan). |
Saat (kiri) ketika menerima anugerah daripada Tun Juhar (kanan). |
Pengarah Urusan ITCC Penampang Shopping Mall, Benjamin Malakun (kiri) menerima anugerah |
Istiadat itu juga turut menyaksikan 48 individu menerima Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) antaranya ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan TV) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Aris Arapa dan Penolong Pengarah Penerbit Rancangan, Muhamat @ Razali Baba juga dari RTM diikuti dengan penganugerahan Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) kepada 60 penerima, Bintang Kinabalu (B.K) 56 penerima dan 19 individu lain menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T).
Istiadat pengurniaan diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu, pada Selasa./Penerangan-
Comments
Post a Comment