Hospital Papar: Kerajaan Negeri Akan Bantu - Hajiji

 Wartawan        : Zuraidah Ahmad
Jurufoto            : Jefren Malaning


PAPAR:  Kerajaan negeri akan berusaha untuk membantu serta membina semula semula bangunan stor farmasi yang rosak akibat dijilat api.


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor selepas meninjau lokasi kebakaran di Hospital Papar memaklumkan, pihaknya akan meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat di daerah berkenaan.



Hajiji yang tiba di Hospital Papar disambut oleh Pegawai Daerah, Muhammad Mohd Ali (dua dari kanan).

 Hajiji ketika bercakap kepada media.

Hajiji yang tiba di Hospital Papar disambut oleh Pegawai Daerah, Muhammad Mohd Ali (dua dari kanan).


 
"Tadi, kita dapat penerangan sebab-sebab kebakaran masih lagi disiasat oleh pihak Bomba.

"Lawatan ini bagi melihat keadaan sebenarnya jadi, saya dimaklumkan dari segi ubat-ubatan yang rosak dan sebagainya kosnya lebih RM1.3 juta manakala kos bangunannya belum dapat ditentukan.

"Jadi, kita di pihak kerajaan negeri prihatin kita akan cari jalan macam mana kita membantu. Kita minta kerajaan persekutuan supaya membina semula bangunan yang rosak itu," katanya kepada media di sini, pada Selasa.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya mengawal kebakaran dan bersyukur kerana tiada kemalangan nyawa dilaporkan.

Antara yang hadir mengiringi beliau, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar yang juga ADUN Kawang, ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim, Pegawai Daerah, Muhammad Mohd Ali, Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Roslie Ibrahim,  dan UPPM Kawang, Fahzean Mohiddin.

Insiden kebakaran dua bangunan iaitu stor farmasi dan bilik makmal kajian yang terkena bahang pada jam 7.02 malam Isnin, berjaya dikawal oleh lapan anggota dari BBP Papar, lima anggota bantuan dari BBP Kimanis serta tujuh anggota BBP Kota Kinabalu.


Turut membuat pemeriksaan ialah pasukan HAZMAT JBPM Sabah yang mendapati tiada keberbahayaan melibatkan bahan kimia, radioaktif dan gas beracun.


Api berjaya dikawal Bomba pada jam 8.46 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.20 malam dengan tiada mangsa dalam insiden terbabit./Penerangan- 

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri