Internet Beri Cabaran Institusi Keluarga - Juliah

 Wartawan    : Suzaima Ibrahim
Jurufoto        : 
Merusin Minuddin


KOTA KINABALU:  Penggunaan internet khususnya dalam kalangan remaja memberi cabaran terhadap pengukuhan institusi kekeluargaan.


Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag berkata, berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penggunaan internet dalam kalangan remaja meningkat hampir 94 peratus pada tahun lepas.

Suasana ketika sesi forum berlangsung.

Juliah ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Forum Kasih Keluarga Jiwa Madani.

Juliah (duduk tiga dari kanan) ketika sesi menandatangani Buku Perasmian.

KENANGAN... Juliah (duduk tengah) ketika  sesi bergambar kenangan bersama peserta yang hadir.


"Seiring dengan perubahan sosial dan ekonomi, data semasa menunjukkan bahawa hampir 65 peratus daripada ibu bapa di Malaysia menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak mereka dalam era digital ini.

"Lebih 75 peratus keluarga melaporkan bahawa mereka memerlukan sokongan untuk menangani isu-isu seperti kawalan penggunaan media sosial dan pengurusan tekanan.

"Ini menunjukkan betapa pentingnya bagi ibu bapa dan keluarga untuk memahami peranan teknologi dalam kehidupan anak-anak serta bagaimana ia boleh dimanfaatkan secara positif bukan sahaja sebagai alat pembelajaran tetapi juga sebagai medium untuk mempererat hubungan kekeluargaan," jelas beliau.

Di samping itu, Juliah turut menggesa semua pihak agar memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan mental setiap ahli keluarga.

 Suszma (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juliah (empat dari kanan).

Juliah (tengah) diiringi Linda( dua dari kiri) semasa melawat reruai Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Juliah (tengah) diiringi Linda( dua dari kiri) semasa melawat reruai Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.



"Mengikut data terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesihatan mental dalam kalangan keluarga merupakan aspek yang harus diberi penekanan kerana kesan sampingannya yang meluas. 

"Dengan membina keluarga yang sihat secara fizikal dan emosi, kita bukan sahaja melahirkan individu yang seimbang tetapi juga membina komuniti yang harmoni dan berdaya tahan.

"Kita juga harus sedar bahawa nilai kekeluargaan bukan sahaja penting dalam kehidupan peribadi, tetapi juga menjadi asas kepada kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara. 

"Dengan adanya sistem sokongan yang kuat, ahli keluarga lebih produktif dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan yang mampan," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Forum Kasih Keluarga Jiwa Madani.

Hadir sama, Isteri Timbalan Ketua Menteri ll, Datin Seri Panglima Linda Ewit serta Isteri Timbalan Ketua Menteri Ill, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awg. Mohd Saufi.

Forum sehari itu disertai ahli akademik, agamawan dan pakar peristilahan serta perkamusan dalam usaha membangkitkan peranan setiap anggota keluarga untuk mewujudkan rumahtangga yang aman, harmoni dan produktif./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri