Perkhidmatan Hospital Papar Kembali Beroperasi - JKNS

Wartawan        : Zuraidah Ahmad
Jurufoto            : Jefren Malaning

PAPAR:  Kurang 24 jam selepas insiden kebakaran, perkhidmatan di Hospital Papar kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 10.30 pagi Selasa.


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis berkata jabatan kecemasan yang paling hampir dengan kawasan kebakaran mula beroperasi sejurus selepas mendapat  pelepasan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).



Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis ketika ditemui media.

Bangunan yang terkena bahang.



Bangunan yang terkena bahang.




"Semua perkhidmatan berjalan dengan lancar seperti biasa, even jabatan kecemasan kita buka pada pukul 10.30 pagi setelah mendapat clearance daripada pihak Bomba," ujarnya.


Mengenai stok ubat, beliau memaklumkan, pihaknya telah menyediakan plan kontigensi menerusi mesyuarat dengan farmasi negeri serta hospital untuk membekalkan ubat dalam masa terdekat.


"Hospital kita ada flow of stock yang boleh bertahan sehingga satu minggu di semua unit-unit ataupun wad-wad yang sedia ada.


"Kita sudah bermesyuarat dengan farmasi negeri dan kita telah membuat kontingensi plan untuk memberi bantuan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui media, hari ini.


Mengulas lanjut insiden terbabit, Abd Kahar memberitahu, evakuasi ke atas 51 pesakit berjaya dilaksanakan ke kawasan selamat termasuk menghantar beberapa pesakit ke Hospital Beaufort dan Hospital Likas, sebelum dibawa semula ke wad asal.


"Kita ucapkan syabas kepada semua kakitangan hospital yang telah berjaya membuat evakuasi kepada 51 pesakit yang berada di sekitar kawasan kebakaran ke kawasan yang lebih selamat.


"Semalam, satu pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan telah kita hantar ke Hospital Beaufort,  tiga pesakit yang dalam proses nak beranak kita telah hantar ke Hospital Likas manakala, selebihnya dalam keadaan stabil kita pindahkan ke bangunan maternity yang berada jauh dari kawasan kebakaran dan bangunan Dewan Pembedahan.

 

"Mereka telah bermalam di sana dan awal pagi ini telah kita pindahkan balik ke wad asal," jelas beliau.


Insiden kebakaran stor farmasi dan bilik sajian makanan akibat terkena bahang yang berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin, berjaya dikawal oleh pasukan Bomba pada jam 8.46 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.20 malam tanpa sebarang kemalangan jiwa./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri