Prestasi SRU 2024 di Sabah Meningkat 4.13 Peratus

 Wartawan :  Suzaima Ibrahim
 Foto :  Johnny Joklis


KOTA KINABALU: Prestasi keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) tahun 2024 bagi negeri Sabah meningkat 4.13 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam berkata, peratus kelulusan SRU tahun 2024 adalah 78.24 peratus dengan sembilan Sekolah Agama Negeri (SAN) layak menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dengan keputusan lulus sepenuhnya.

Ruslan (tengah) ketika sidang media pengumuman rasmi keputusan
peperiksaan SRU dan SMU 2024.

"SAN tersebut ialah SAN Kampung Buang Sayang, Papar, SAN Kampung Tebobon, Menggatal, SAN Pekan Kudat, SAN Integrasi Kota Kinabalu dan SAN Integrasi Putatan, SAN Kg. Menawo Keningau, SAN Pekan Keningau, SAN Kota Ayangan, Keningau serta SAN Pekan Menumbok.

"Jumlah keseluruhan calon yang mendaftar SRU 2024 adalah 5652 orang dan 5515 calon hadir dengan 123 sekolah di Sabah terlibat sebagai pusat peperiksaan iaitu 106 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan selebihnya Sekolah Agama Rakyat dan swasta.  

Ruslan (dua dari kanan) ketika gimik perasmian penyampaian anugerah kecemerlangan
di Dewan Saadah.

"Daripada jumlah keseluruhan calon SRU yang hadir, seramai 4315 orang lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz (126), Jayyid Jiddan (584), Jayyid (1,931) dan Maqbul (1,674)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengumuman Keputusan Rasmi Peperiksaan SRU dan SMU  2024 mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan pencapaian keputusan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (KBD) tahun 2024 dengan kiraan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.92 dan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (KBT) sebanyak 2.88.  

Ruslan( tiga dari kiri) menyampaikan Sijil dan wang tunai kepada Insyirah (tiga dari kanan) pelajar terbaik peperiksaan SMU.

"Prestasi keputusan bagi  Peperiksaan SMU KBD tahun 2024 menunjukkan sedikit penurunan dengan perbezaan sebanyak 0.03 dan Peperiksaan SMU KBT pula sebanyak 0.3 berbanding tahun 2023.

"Calon yang mendaftar peperiksaan Sijil Menengah Ugama (KBD) pada tahun 2024 pula adalah seramai 313 orang calon dan yang hadir seramai 301 orang.   

"Manakala pencapaian keputusan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) tahun 2024 dengan kiraan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.92 dan Peperiksaan SMU Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebanyak 2.88.

Pelajar terbaik SRU, Nurfarisha Hafizzah (kiri) bergambar kenangan bersama
Pelajar Terbaik SMU, Husna Insyirah (kanan).

"Daripada jumlah keseluruhan  calon SMU yang hadir, seramai 303 orang lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz (24), Jayyid Jiddan (88), Jayyid (126), dan Maqbul (65)," ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan beberapa perkara akan diberi penekanan seperti beberapa subjek yang dilihat masih di tahap rendah apabila pelajar kurang mencapai tahap pencapaian diperlukan.

"Kita dah menurun sedikit dan antara perkara-perkara yang dapat dilakukan ialah pertama sekali penekanan kita kepada guru, mungkin perlu bagi latihan yang secukupnya untuk memantapkan Pembelanjaran dan Pemudahcara (PDPC) guru.

KENANGAN…Ruslan (tengah, belakang) merakam gambar kenangan bersama wakil dan pelajar-pelajar cemerlang dalam SRU dan  SMU. 

"Keduanya mungkin juga kita memberi program motivasi dan memperkasakan program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar kita," jelasnya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam, Ag Juri Ag Tahir./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri