Majlis Doa Selamat Sempena Cerapan Anak Bulan Syawal Di Istana Seri Kinabalu
Wartawan : Idris Sani Saberun
Foto : Vicky Sylvester Matanjang
KOTA KINABALU: Majlis doa selamat diadakan sempena cerapan anak bulan Syawal yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, pada malam Khamis, yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
![]() |
| Tun Musa (tengah) diiringi Hajiji (tiga dari kanan) menuju ke Dewan Seri Kinabalu bagi menghadiri majlis berbuka puasa. |
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
![]() |
| Tun Musa Aman (tengah) berbual mesra bersama Hajiji serta jemputan yang hadir pada majlis berbuka puasa di Istana Seri Kinabalu. |
Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah.
![]() |
| Tun Musa bersama Hajiji dan jemputan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin Ustaz Zulfauzy Awang Besar di Surau Tun Sakaran, Istana Seri Kinabalu. |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat serta doa berbuka puasa dipimpin Pegawai Agama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Mohd Fikri Putung.
![]() |
| Sekitar suasana sejurus majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil yang diadakan di Surau Tun Sakaran, Istana Seri Kinabalu. |
Sejurus berbuka puasa Tun Musa dan para jemputan menunaikan solat Maghrib seterusnya bacaan surah Yasin dan Tahlil termasuk solat Isyak dan solat sunat Tarawih di pimpin Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Ustaz Zulfauzy Awang Besar secara berjemaah di Surau Tun Sakaran, Istana Seri Kinabalu.
![]() |
Bungsu@Aziz Jaafar menyampaikan keputusan cerapan hilal Syawal di Surau Tun Sakaran, Istana Seri Kinabalu. |
Terdahulu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar mempersembahkan keputusan cerapan hilal Syawal yang dilaksanakan di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan kepada Tun Musa selepas keputusan yang sama disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di ibu negara melalui panggilan telefon. /Penerangan-





Comments
Post a Comment