Teknologi Bantu Ketepatan Cerapan Hilal

 Wartawan :  Muhammad Irfan bin Janis
 Foto :  Shahvian Mohd Razali


PUTATAN: Penggunaan peralatan cerapan yang dipertingkat menjadi antara fokus utama dalam pelaksanaan rukyah hilal bagi menentukan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Bungsu (tengah) bersama Arifin (kanan) di Balai Cerap Al-Biruni.


Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata walaupun prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah cerapan dikekalkan, penambahbaikan teknologi membantu meningkatkan ketepatan dan keberkesanan proses berkenaan.


Proses melihat anak bulan menggunakan teleskop. 


"Proses cerapan atau rukyah hilal dijadualkan bermula sekitar pukul 6:27 petang, iaitu hampir dengan waktu Maghrib, dengan tempoh cerapan dianggarkan selama kira-kira 13 minit. 


Bungsu (tengah) bersama Arifin (kanan) di Balai Cerap Al-Biruni.


“Keputusan cerapan hari ini akan menentukan sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Ramadan digenapkan kepada 30 hari,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rukyah Hilal Syawal 1447H/2026M di Balai Cerap Al-Biruni, pada Khamis.

 Bungsu (tengah) ketika sidang media yang berlangsung selepas proses cerapan di Balai Cerap Al-Biruni.


Menurutnya, penggunaan peralatan lebih moden membolehkan cerapan dilakukan dengan lebih jelas yang menyokong penentuan awal bulan Islam secara lebih tepat.

Sebelum proses cerapan dijalankan, majlis tahlil ringkas turut diadakan bagi memohon kelancaran.


Bungsu ketika ditemui media


Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih; serta Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah